Khamis, 13 Ogos 2009

PROF.NIK OMAR

Prof Dr Nik Omar dilahirkan di Kubang Kerian, Kelantan. Sebaik menamatkan pengajian menengah, beliau menuntut di Pakistan Homeopathic Medical College & Trust Hospital. Selepas memperoleh ijazah homeopati, Dr. Nik Omar melanjutkan pelajaran di London Foot Hospital, iaitu pada tahun 1975. England. Apabila kembali ke Malaysia pada tahun 1977, beliau membuka sebuah klinik homeopati di Kota Bharu, Kelantan.
Dr. Nik Omar bertanggungjawab menubuhkan Fakutli Perubatan Homeopathy Malaysia pada tahun 1979 dan mengasas Persatuan Pengamal Perubatan Homeopati Berdaftar Malaysia pada 1985. Beliau sangat dikenali dalam arena perubatan kerana beliau turut mempunyai mempunyai kemahiran dalam akupunktur serta mengasaskan Institut Penyelidikan Perubatan Akupunktur Malaysia.
Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Doktor Tanpa Batasan di beberapa tempat seperti di Pakistan dan Sri Lanka. Selain mempunyai murid yang ramai beliau turut meminati bidang penulisan. Buku Barah Buah Dada adalah antara buah tangan yang manis daripada beliau untuk pembaca homeopati.
* * *

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih ulasan anda,saya akan berusaha membalas setiap ulasan dengan kemampuaan tenaga dan fikiran yang sebatas.