Selasa, 27 Oktober 2009

Tulisan Mr.Majaron (Tekanan Darah Tinggi & Kencing Manis

Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi adalah satu keadaan di mana darah sukar dihantar ke seluruh badan. Kesukaran pergerakan darah melalui saluran darah ini adalah disebabkan oleh laluannya itu telah menjadi sempit. Saluran darah menjadi sempit apabila kolesterol dari lemak-lemah haiwan yang terdapat dalam daging yang dimakan terenap sedikit-demi sedikit. Fenomena ini boleh dibayangkan dalam paip air di rumah. Saluran paip yang besar membenarkan air mengalir dengan mudah dan cepat. Tapi saluran paip yang kecil memperlambatkan pergerakan air. Pergerakan air menjadi semakin lambat lagi sekiranya paip air itu mengumpul enapan lumpur.
Jantung berfungsi sebagai pam darah. Darah dipam ke seluruh badan oleh jantung. Sekiranya saluran darah sempit (ada enapan kolesterol) fungsi jantung sebagai pam terganggu. Bayangkan pam air yang sedang mengepam, tiba-tiba saluran paip tersumbat. Apa akan jadi pada pam air? sudah tentunya akan rosak. Begitu juga dengan jantung. Jantung akan menjadi sakit sekiranya ia dipaksa untuk mengepam darah ke seluruh badan. Jantung dipaksa mengepam darah apabila saluran darah menjadi sempit kerana dipenuhi kolesterol.
Pesakit jantung sangat sensitif terhadap kejutan. Satu kejutan boleh menyebabkan kematian. Pesakit jantung yang terkejut menyebabkan jantungnya berdegup dengan lebih kencang lagi. Dalam keadaan saluran darah sempit, jantung dipaksa mengepam darah pada kadar yang lebih laju daripada biasa. Ini menyebabkan berlakunya kepecahan kapilari darah. Ini sangat bahaya sekiranya kapilari darah yang pecah itu berada dalam otak. Selain daripada itu, kesan lain ialah jantung terasa sakit kerana terpaksa mengepam.
Sakit jantung boleh disebabkan oleh penggunaan garam yang berlebihan. Garam yang berlebihan menyebabkan bendalir dalam darah lebih pekat dari biasa. Dalam keadaan pekat, lebih banyak air yang diserap kerana wujudnya cerun kepekatan. Pengambilan air yang lebih banyak menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Fenomena ini juga dikenali sebagai darah tinggi. Penyebab lain yang tidak berapa diketahui ramai ialah tidur lewat.
Posted by MMsakoma at 7:52 AM 0 comments Links to this post
Labels: Tekanan Darah Tinggi
if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-2321108140145057740")); }
Penyakit Kencing Manis
PendahuluanPenyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi.Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Pada tahun 1897, dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.Apakah InsulinInsulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets (kepulauan kecil). Insulin bertugas untuk menceranakan glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.Apa itu kencing manis (Diabetes mellitus)Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan keadaan di mana terdapat glukos di dalam air kencing seseorang. Ini disebabkan glukos (gula) dalam darah tidak dapat diceranakan oleh badan disebabkan oleh sama ada kekurangan penghasilan insulin, kurang keberkesanan isulin, atau kedua-duanya sekali. Glukos yang berlebihan itu akan dikeluarkan bersama air kencing. Kencing manis boleh menyebabkan masalah lain dan kematian, bagaimanapun pengidap kencing manis boleh mengambil langkah-langkah untuk mengawal atau mengurangkan risiko masalah sampingan.Malaysia telah dikelaskan sebagai sebagai negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai penghidap kencing manis. Berdasarkan perangkaan Institut Diabetes Antarabangsa, pesakit kencing manis di Malaysia juga dijangka meningkat daripada 800,000 orang pada tahun lepas kepada 1.3 juta orang menjelang tahun 2010. Memandangkan jumlah pengidap kencing manis sentiasa bertambah saban tahun, amatlah perlu bagi rakyat Malaysia untuk mengubah tabiat permakanan agar kencing manis dapat dibendung. Ini termasuk diri anda sendiri.Jenis-jenis kencing manis (Diabetes mellitus)Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :-Diabetes bersandar insulin - jenis pertama (Type 1 diabetes)Diabetes jenis pertama (Type 1 diabetes) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja. Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak, yang menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat.Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I. Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak. Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat. Bagaimanapun peningkatan kes diabetes dikalangan masyarakat Asia mungkin sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kesedaran mengenai penyakit diabetes dikalangan umum. Ini menyebabkan lebih ramai orang sempat mendapatkan rawatan di hospital.Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebalinnya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.Diabetes bebas insulin - jenis kedua. (Type II diabetes)Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), keturunan, terencat ketahanan glukos, kurang bersenam, dan bangsa (genetik). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja.Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% didapati pulih kembali. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% untuk mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun.Diabetes bentuk lainTerdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.Apakah tanda-tandanya?Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-Sering dahaga dan sering perlu minum air.Sering ketandas.Terasa badan lemah.Berat badan turun dengan cepat.Penglihatan semakin kabur.Terasa pening kepala. Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.Masalah sekiranya Kencing Manis tidak dikawal.Sekiranya penyakit kencing manis tidak dikawal dalam tempoh yang berlanjutan pengidap kencing manis akan sentiasa mempunyai kadar gula yang tinggi didalam darahnya. Kadar gula tinggi yang berterusan akan mendatangkan banyak perubahan pada bahagian saluran darah dan juga urat (nerve). Perubahan-perubahan ini pula boleh mendatangkan penyakit lain seperti:-Hujung kaki tangan menjadi sebal, hilang deria sentuh, disebabkan oleh kerosakan urat/nerve.Gatal-gatal badan yang disebabkan kerosakan urat/nerve.Kurang daya syahwat bagi kaum lelaki yang disebabkan kerosakan urat/nerve dan saluran darah.Sering kencing malam disebabkan buah pinggang gagal mengitar air seperti biasa. Ini mengakibatkan pundi kencing penuh dengan lebih cepat.Kegagalan fungsi buah pinggang. Ini disebabkan oleh kerosakan saluran darah dan ginjal disebabkan kandungan gula yang tinggi terlalu lama.Sakit jantung disebabkan kerosakan saluran darah.Serangan angin akhmar disebabkan kerosakan saluran darah.Buta disebabkan kerosakan mata. Kanta mata menjadi kurang kenyal disebabkan kandungan gula yang tinggi. Bagaimanapun sekiranya pengidap kencing manis mengambil langkah yang sewajarnya, kadar gula dalam darah boleh dikawal dan pengidap kencing manis dapat hidup seperti orang lain. Makanan yang seimbang perlu dikawal seumur hidup disebabkan penyakit kencing manis masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya.Golongan berisiko tinggi.Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :- Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik) Mereka yang berat badan agak tinggi Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.Mengesan kencing manisKencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disuruh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.Masalah pengidap Kencing ManisPengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah, antaranya adalah :-Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia. Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulinLebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia. Ini mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin.Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah:Cemas.Berdebar-debar.Berpeluh.Menggeletar.Terasa lapar.Terkeliru.Penglihatan kabur.Pening lalat.Tidak sedarkan diri.Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah:Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.Kerap terasa haus.Muntah-muntah.Badan semakin kurus.Koma.Sukar bernafas.Sakit perut.Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak kadang-kala sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai tempoh berbulan madu "honeymoon period". Secara lazimnya, ia bertahan hanya untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun. Sekiranya anda atau anak anda berhadapan dengan keadaan ini, anda masih perlu menjaga pemakanan anda sebaik-baiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang. Secara lazimnya penyakit kencing manis tidak ada ubat dan pengidap kencing manis perlu menjaga pengambilan gula serta mengambil ubat sepanjang hayat. Hanya dalam kes pembedahan bagi menggantikan atau menanam sel kelenjar pankreas maka badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya.Masalah yang sering dihadapi ibu bapaApabila anak semakin dewasa dan mencapai usia akil baligh, mereka akan berdepan dengan krisis pemakanan. Lazimnya, keadaan ini berlaku disebabkan pengaruh kawan-kawan. Dalam menangani keadaan ini, ibu bapa perlu bijak untuk memahami keadaan anak mereka. Sebaik-baiknya dapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar psikologi jika perlu.Dalam tempoh ini juga, ibu bapa perlu mengambil berat dan mengawasi diet anak mereka itu untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti individu normal.Datuk atau nenek juga kadangkala menimbulkan masalah kepada ibu bapa. Ini kerana, golongan itu akan memberi apa saja yang dikehendaki anak berpenyakit diabetes atas alasan kasihan.Justeru, ibu bapa hendaklah tegas dalam corak pemakanan anak mereka dan mengetepikan perasaan kasihan kepada mereka untuk memastikan paras gula di dalam tubuh tidak terus meningkat, sekali gus memendekkan tempoh masa kanak-kanak itu menjadi mangsa serangan penyakit jantung, tekanan darah tinggi strok, rosak penglihatan dan buah pinggang.PerubatanPerubatan pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:Melakukan senanam dan menjaga makan minum. (lihat permakanan.)Ubat berbentuk pil yang dimakan.Suntikan.Pembedahan. (Pada masa akan datang)1. Penjagaan permakananDianggarkan di Amerika bahawa 17% pesakit kencing manis hanya perlu menjaga makan minum mereka, 49% pesakit kencing manis mengambil pil, 22% mengambil insulin sahaja dan 11% mengambil insulin dan pil. (Sumber : 1997-1999 National Health Interview Survey)2. Ubat berbentuk pilUbat berbentuk pil adalah perubatan yang paling mudah dan murah. sering digunakan dan sering menjadi pilihan pertama para doktor. Ada berbagai pil untuk merawat kencing manis pada masa ini dan cara memakannya berbeza bagi setiap pesakit dan setiap pil-pil tersebut. Oleh kerana itu, cara pemakanan pil-pil ini, kesannya dan sebagainya tidak dapat dibincang disini. Bagaimanapun untuk semua ubat pil, perlu dimakan pada waktu dan dengan sukatan yang ditetapkan. Kegagalan mengikut arahan doktor bukan sahaja boleh memburukkan keadaan malah boleh membawa maut.Pengambilan ubat juga perlu disertai dengan pengawalan pengambilan makanan dan minuman, melakukan senaman, dan mengurangkan berat badan agar lebih berkesan. Langkah-langkan ini juga mengelakkan keadaan di mana ubat yang diambil menjadi kurang berkesan dan pesakit perlu beralih pada suntikan insulin.3. SuntikanTerdapat dua jenis suntikan diabetis iaitu :-Yang pertama adalah golongan pesakit yang dikenali sebagai IDDM (insulin dependant diabetes mellitus) dimana kadar gula seseorang itu hanya dapat diturunkan dengan suntikan insulin sahaja. Pengidap kencing manis jenis ini memerlukan suntikan insulin untuk terus hidup.Yang kedua adalah bagi pesakit kencing manis yang kadar gulanya masih tidak dapat dikawal dengan sempurna walaupun dengan penjagaan pemakanan dan ubat pil yang dimakan dengan maksima.Seperti ubat pil yang dimakan, berbagai jenis ubat suntikan kencing manis boleh didapati pada masa ini. Cara suntikkan juga canggih dan mudah digunakan. Seringkali masyarakat kita merasakan berat untuk memulakan ubat dengan cara suntikan tetapi kita seharusnya pulang kembali tentang fahaman kita tentang penyakit kencing manis ini iaitu kawal kadar gula dalam darah supaya tidak timbul penyakit-penyakit lain!4. PembedahanPembedahan masih diperingkat penyelidikan. Bagaimanapun pemindahan sel kelenjar pankreas telah berjaya dijalankan pada haiwan dan pada masa hadapan pembedahan pada manusia mungkin membolehkan badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya.Mengelak Kencing ManisPerubahan cara hidupPerubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diundurkan dengan kawalan permakanan yang betul. Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: -PemakananRamai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar Kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.SenamanSenaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.Penjagaan berat badanTelah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula didalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.Pemeriksaan diri sendiriSeseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.Pemeriksaan oleh doktor secara tahunanUjian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.Pengambilan UbatPengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.Keadaan IGT dan IFGPerubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan bahawa dianggarkkan di Amerika bagi mereka yang berumur 40 - 74 tahun, terdapat 15.6% yang mengidap kecacatan daya tahan glukos sementara 9.7% pula mempunyai masalah kecacatan puasa glukos yang dianggap mempunyai risiko besar untuk meningkat kepada pengidap kencing manis.- Kecacatan daya tahan glukos merujuk kepada keadaan di mana kadar glukos meningkat antara 140 sehingga 199 milligrams per dekaliter atau mg/dL selepas 2-jam ujian oral ketahanan glukos tetapi masih belum dianggap sebagai kencing manis.- Kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG) merujuk kepada keadaan di mana kadar glukos meningkat antara 110 sehingga 125 milligrams per dekaliter atau mg/dL selepas semalaman berpuasa tetapi masih belum dianggap sebagai kencing manis.Akhir KataAdalah amat penting bagi kita mengawal pengambilan gula. Pengambilan gula berlebihan secara langsung atau tidak langsung (dalam kuih yang manis) boleh menyebabkan kencing manis yang membawa kepada penyakit-penyakit yang lain. Selain itu sekiranya pesakit berterusan memakan makanan manis walaupun memakan ubat, ini boleh mengakibatkan badan pesakit semakin teruk dan kencing manis tidak lagi dapat dikawal dengan pengambilan ubat. Pesakit terpaksa beralih kepada suntikan insulin pula. Sekiranya pengambilan gula terus tidak dikawal, ia akan membawa kepada penyakit lain seperti sakit jantung, buta disebabkan kerosakan pada mata disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi, jangkitan kuman, kehilangan anggota kaki atau tangan, kegagalan buah pinggang berfungsi, dan lain-lain. Oleh itu ingatlah, berjaga-jaga lebih baik dari memakan ubat.
Posted by MMsakoma at 7:29 AM 0 comments Links to this post
Labels: Penyakit Kencing Manis
if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-340566506625214230")); }
Kencing Manis
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.Kencing manisDiabetes mellitusPenyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hyperglyceamia (ketinggian kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis pertama dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah.Diabetes jenis kedua boleh disebabkan oleh kerintangan tisu badan terhadap insulin dan penghasilan insulin yang berkurangan. Diebetes jenis kedua boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan ( suntikan insulin diperlukan sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesa sampingan kepada pesakit).
SejarahPenyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetis Mellitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.
Pengawalan DiabetesDiabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara beri11kut:1. Penjagaan pemakanan dan berat badan2. Kerap bersenam3. PengubatanPemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambilJenis rawatan yang diterimaDimana hendak mendapat ubat

Ahad, 16 Ogos 2009

Rawatan Kecemasan Homeopati

Oleh : Dr(H) Robert Garatam

1. Luka terhiris -- Calendula dan Hypericum (ada yang ditelan atau kegunaan luar shj)
-bila melibatkan saraf gunakan Calendula external lotion/ C.ointment
-hyp. lotion /hyp.6
2. Luka laserasi( disebabkan oleh duri, dawai berduri, mesin, kuku binatang, dan alat2 tajam- kulit mungkin terkoyak)
-diguris --Hyp/hyp.l & ointment boleh disapu kaw. kecederaan

3. Luka Melelas : (kulit bergesel pada benda-benda kasar-- kayu, batu dsb.)
-beri Hyp. 6/ lotion/ointment rawatan segera.

4.Luka ditikam: (benda tajam spt paku, duri, dll)
- guna Ledum/ Hypericum
- Hyp. jika terdpt kesan racun dalam luka.
5. Kecederaan Lebam: (disebabkan dipukul,jatuh, terkena benda keras dll)
- jika terdapat penderahan dalaman... beri Anica Mon.
- utk disapu 3-4 kali sehari (Anica L/ O)
- rujuk pakar kesihatan yang terdekat pemeriksaan fizikal.
jangan mengenepikan para pakar, doktor, klinik dan hospital moden.
(sebahagian sakit memerlukan bantuan mereka)
Keyakinan penting bagi setiap rawatan atau kesembuhan melalui Perubatan Homeopati. Jika ragu hendaklah berjumpa dengan mereka yang mahir dan pakar ....pilihan ditangan kita.

Khamis, 13 Ogos 2009

Sejarah Pengasas / Perkembangan Homeopati

SEJARAH PENGASAS DAN PERKEMBANGAN
HOMOEOPATI

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Christian Friedrich Samuel, iaitu nama sebenar yang diberikan kepada Dr. Samuel Hahnemann, merupakan seorang ahli perubatan berbangsa German yang di lahirkan di Meissen, German Timur pada tahun 1755. Melalui bimbingan ayahnya, Christian Hahnemann, beliau membesar sebagai seorang yang berdisiplin. Semasa menerima pendidikan tinggi di Meissen, beliau dianggap seorang pelajar yang cerdas dan pintar. Kemudian pada tahun 1775, beliau memasuki Universiti Leipzig untuk mempelajari ilmu perubatan.
Dua tahun kemudian, beliau meninggalkan universiti tersebut dan menetap di Vienna dan Transylvania. Di sana beliau mempelajari pelbagai bahasa sehingga beliau dapat menguasai bahasa Latin, Arab, Greek, Inggeris, Perancis dan Sepanyol, selain daripada bahasa ibundanya. Walaubagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian perubatannya di Universiti Erlangen di mana beliau telah dianugerahkan ijazah Doctor of Medicine pada 10 hb. Ogos 1779.
Dr. Hahnemann memulakan kariernya sebagai pengamal perubatan di Hettstedt, iaitu sebuah perkampungan galian di Saxony. Sewaktu di Hettstedt, beliau merasa sedih dan kesal kerana tidak dapat memberi rawatan yang berkesan dan sempurna memandangkan keadaan hidup para pelombong serta keluarga mereka yang sangat susah. Lagipun, amalan perubatan pada waktu itu sangat mementingkan pembuangan penyakit dan pembedahan yang terpaksa melalui proses yang memeritkan pesakit sekalipun pembedahan itu tidak begitu perlu dan mendesak. Begitu juga, ubat-ubat berbahaya begitu mudah diberikan kepada pesakit-pesakit yang didapati sukar untuk disembuhkan. Perkara ini membuat Dr. Hahnemann bertambah yakin bahawa apa yang sebenarnya terjadi ialah ‘lebih ramai manusia mati disebabkan rawatan berbanding kerana penyakitnya.’
Sembilan bulan berikutnya, Dr. Hahnemann berpindah ke Dessau dan bekerja di Mohren Pharmacy. Farmasi tersebut dimiliki oleh seorang yang agak terkenal di kalangan masyarakat Dessau. Bersama pemilik farmasi itu, Dr. Hahnemann melibatkan diri dalam penyelidikan kimia yang kemudiannya menghasilkan Apothecaries Lexicon sebanyak 4 jilid. Di sini beliau bertemu dan terpikat dengan anak tiri pemiliknya yang bernama Johanna Kuchler yang berakhir dengan perkahwinan. Mereka kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Henriette.
Semasa di Gommern, Dr. Hahnemann mula menceburi bidang penterjemahan untuk menampung perbelanjaannya. Pada tahun 1784, beliau telah melahirkan esei perubatan yang pertama bertajuk “Direction for Curing Old Diseases.” Di sini beliau menyarankan tentang perlunya kesihatan awam, udara bersih, tidur yang mencukupi, senaman rutin dan pemakanan yang seimbang. Beliau juga telah mencadangkan agar rumah-rumah dijarakkan di antara satu sama lain supaya cahaya matahari dan udara bersih dapat masuk dengan banyak.
Apabila beliau berpindah ke Dresden, Dr. Hahnemann menyambung pelajarannya dalam ilmu kimia dan perubatan di samping menterjemah pelbagai buku daripada bahasa Perancis, Inggeris, Latin dan Greek ke bahasa German. Sewaktu proses penterjemahan dilakukan, beliau mengambil kesempatan memberikan sedikit sebanyak komentar. Menerusi komen-komen beliau, lebih terserlah lagi betapa luas pengetahuannya dalam bidang kimia dan betapa berlainan pandangannya mengenai ahli farmasi sezamannya serta cara pemberian ubat-ubatan.
Ketika beliau sekeluarga pindah ke Leipzig pada tahun 1789, beliau merasakan amalan perubatan pada waktu itu sebagai kasar, tidak bertamaddun dan kurang berkesan. Pandangan ini menimbulkan kemarahan di pihak yang berada dalam profesion perubatan. Dengan itu, dalam jangka masa lima tahun kemudiannya, keluarga Hahnemann senentiasa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Dalam saat-saat kesukaran inilah sistem perubatan baru yang dikenali sebagai “homoeopathy” mula berputik. Semasa Dr. Hahnemann menterjemah sebuah buku daripada bahasa Inggeris kepada bahasa German yang ditulis oleh Dr. William Cullen berjodol “A Treaties on Materia Medica,” beliau telah berdepan dengan sejenis ramuan - Cinchona (Peruvian Bark). Cinchona tersebut pernah digunakan untuk merawat malaria di Amerika Selatan dan Eropah. Ia juga dikatakan pernah diguna bagi menyembuhkan Countess of Cuichon, iaitu isteri pembesar Peru.
Justeru didorong oleh perasaan ingin tahu yang amat sangat, Dr. Hahnemann telah mencuba beberapa dos `Cinchona’ dengan tujuan untuk menguji kesan dan implikasinya. Setelah dicuba ramuan tersebut, beberapa semboyan utama mula menjelma. Kaki dan hujung jarinya bertukar menjadi sejuk, rasa mengantuk datang secara tiba-tiba, jantung dan denyutan nadinya semakin kencang dan tubuh beliau pula mula menggeletar. Kejadian ini berulang tiap kali dos `Cinchona’ diambil.
Takjub akan hasil eksperimen yang tak disangka-sangka itu, terlintas di fikirannya akan satu undang-undang tabii yang mungkin wujud. Undang-undang tersebut yang masyhur dengan nama `Undang-undang Seraksi’ menggariskan bahawa suatu ramuan ubat itu boleh menyembuhkan orang sakit disebabkan ia boleh menghasilkan semboyan-semboyan yang serupa apabila ia diberikan kepada orang yang sihat. Namun di peringkat awalnya, Dr. Hahnemann masih tidak begitu menghargai peri pentingnya penemuan tersebut.
Pada musim bunga tahun 1792, beliau memegang jawatan sebagai pengurus di sebuah institusi penempatan orang kurang akal. Di sana beliau membantah cara layanan yang buruk yang diberikan kepada para pesakit. Sebaliknya, Dr. Hahnemann dengan jayanya telah menunjukkan cara layanan yang sepatutnya diberikan sehingga ada pesakit yang sembuh di tangan beliau.
Di samping itu, beliau masih meneruskan usaha penulisan tanpa henti sehingga tahun 1805. Dalam waktu yang sama, pada tahun 1796, beliau telah menulis sebuah essei, “New Principles for Ascertaining the Curative Powers of Drug,” yang diterbitkan di dalam Hufeland’s Medical Journal. Tahun inilah yang dikatakan sebagai tarikh lahirnya sistem perubatan homoeopati secara rasmi di mana kemudiannya Hahnemann kembali mengamalkan praktik perubatan di Leipzig, tetapi mengikut cara homoeopati.
Satu tragedi melanda Leipzig pada tahun 1799, iaitu merebaknya wabak demam scarlet. Dalam pada itu Dr. Hahnemann mendapati Belladonna sangat seraksi dengan semboyan demam scarlet. Beliau dengan penuh yakin memberikan penawar Belladonna kepada kanak-kanak di Leipzig dalam dos yang diperkecilkan dan ternyata ramai yang terselamat daripada demam scarlet. Sungguhpun saranan Dr. Hahnemann tentang penawar Belladonna dan pemberiannya dalam dos yang kecil menerima tentangan ramai, tetapi pada tahun 1838 kemudiannya kerajaan Saxon mengiktiraf Belladonna sebagai penawar bagi demam scarlet.
Dalam tahun 1810, karya Dr. Hahnemann yang terunggul, “Organon of Rational Medicine” diterbitkan. Tajuk buku tersebut kemudiannya diperbaharui dengan nama “Organon of the Healing Art.” Buku ini mengandungi rumusan-rumusan homoeopati sebagai kaedah yang rasional dan menjelaskan ayat demi ayat prinsip-prinsip seni kesembuhan yang ma’kul. Beliau menekankan bahawa kandungannya adalah hasil-hasil daripada pengalaman dan ujikaji yang hanya dirujuk kepada pengalaman dan ujikaji yang dilakukan, dan oleh itu kebenarannya hanya boleh ditolak oleh pengalaman yang berlawanan dan ujikaji juga.
Di dalam Organon inilah Dr. Hahnemann mengembangkan prinsip asas homoeopati kepada “SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR” - atau “Let likes be cured with likes.” Di mana di dalamnya beliau juga telah memberikan definisi kesembuhan sebenar, iaitu:
“Setinggi-tinggi hemah dan tugas doktor itu ialah mengembalikan pesakit kepada sihat sebagaimana yang di kehendaki. Setinggi-tinggi hemah doktor itu ialah mengembalikan kesihatan dengan jalan yang cepat, lemah-lembut dan berkekalan, atau menyembuhkan penyakit secara keseluruhannya dalam jangka masa yang pendek, dapat dipertanggungjawab serta paling tidak merbahaya menurut kaedah yang ma’kul.”
Sementara teras sains yang dianjurkan oleh Dr. Hahnemann dalam seni kesembuhan adalah terdiri daripada Undang-undang seraksi, pilihan dos minimum yang sesuai dan ulangan dos.
Kini Organon diiktiraf sebagai bahan rujukan utama dalam pengamalan homoeopati seluruh dunia. Ia telah berkali-kali diulang-cetak dan telah diterjemahkan ke dalam sepuluh bahasa termasuk bahasa Perancis, Hungary, Swedish, Rusia, Itali dan Sepanyol. Terjemahan dalam bahasa Inggeris telahpun mula didapati pada tahun 1833.
Dalam masa beberapa tahun, Hahnemann mengumpulkan beberapa orang doktor dan sahabat handai yang kejujuran dan kesihatan mereka boleh dipercayai dalam sebuah kesatuan. Kesatuan itu dikenali sebagai ‘the Provers Union.’ Ahli-ahli kesatuan ini kemudiannya mengambil risiko menguji khasiat penawar-penawar dari bahan kimia, akar kayu dan garam galian.
Mereka dipertanggung-jawabkan mencatat kesemua semboyan-semboyan yang timbul daripada “proving.” Antara penawar-penawar yang diujibuktikan termasuklah Aconite, Arnica, Belladonna, Ipecacuanha, Nux Vomica, Drosera dan Chamomilla. Kesemua hasil usaha ini telah dikeluarkan di dalam “Materia Medica Pura” yang pertama kali diterbitkan di Dresden pada tahun 1811. Buku tersebut siap keseluruhannya dalam enam jilid pada tahun 1821.
Di samping membicarakan tentang penawar-penawar homoeopati dan aplikasinya dalam merawat penyakit, beliau memberi penjelasan yang panjang lebar tentang pendekatan personal dalam rawatan homoeopati. Beliau juga untuk kesekian kalinya, sekali lagi menekankan tentang kesembuhan kekal yang hanya boleh didapati menerusi ‘penawar homoeopati dalam dos yang kecil’.
Malangnya penggunaan dos kecil ini telah membangkitkan kemarahan pembancuh-pembancuh ubat yang mengalami kerugian besar sejak ia diketengahkan. The Liepzig Guild telah bersepakat untuk memerangkap Dr. Hahnemann. Satu undang-undang Constitutiones Frederici II Imperatoris diluluskan bagi tujuan menghadkan kerja-kerja membancuh ubat khusus untuk orang-orang tertentu sahaja. Yakni, ia hanya boleh dilakukan oleh pembancuh-pembancuh ubat sahaja dan dengan itu para doktor dilarang daripada memberi ubat secara langsung kepada pesakit.
Dr. Hahnemann mendapati adalah mustahil bagi beliau untuk mematuhi undang-undang yang baru diluluskan itu kerana para pembancuh ubat sudah pasti akan membancuh dalam dos yang besar. Tindakan Dr. Hahnemann untuk tidak mematuhi undang-undang tersebut menyebabkan The Liepzig Guild mengemukakan aduan kepada Majlis Perbandaran. Lantas beliau dihadapkan ke mahkamah atas sebab melanggar undang-undang negeri.
Tekanan ke atas amalan homoeopati berlanjutan beberapa tahun. Banyak artikel yang memperkecilkan homoeopati disiarkan di dada akhbar dan di dalam jurnal perubatan. Agak ramai juga doktor-doktor homoeopati ditekan dan didakwa. Umpamanya, Dr. Karl Franz telah dipaksa agar bersara dan Dr. Christian Hornburg didakwa dan dipenjara sehingga beliau meninggal dunia tiga hari kemudiannya. Bahkan akhirnya Dr. Hahnemann sendiri meninggalkan Leipzig menuju Kothen.
Meskipun Dr. Hahnemann tidak gemar tinggal di Kothen, namun Duke Ferdinand telah membenarkan beliau mengamal homoeopati. Malahan Duke sendiri menjadi pesakit beliau. Cita-citanya berjaya dan amalan perubatannya semakin maju. Perkembangan terbaru ini terus tersebar dan ramai daripada sahabatnya yang telah mula mengamal homoeopati saling berutus surat dengan beliau untuk bertukar pendapat. Pada waktu itu, usia Dr. Hahnemann telah menjangkau 66 tahun.
Sebuah lagi buku utama yang dikarang oleh Dr. Hahnemann ialah “The Chronic Diseases, Their Peculiar Nature and Their Homoeopathic Cure.” Jilid pertama buku tersebut mengembangkan idea-idea mengenai prinsip-prinsip dan amalan homoeopati serta pendekatan holistiknya. Sementara jilid kedua menceritakan tentang kuasa hayat sebagai kuasa penyembuhan tubuh manusia. Dalam penekanannya tentang kuasa hayat, beliau telah memperkenalkan aspek-aspek metafizik homoeopati dan lantas memperkenalkan teori “psora” yang berkaitan dengan pembawaan penyakit dari satu generasi kepada generasi yang lain.
Beberapa tahun kemudian isterinya Johanna meninggal dunia dan Dr. Hahnemann sudah hampir pada detik-detik persaraan daripada mengamal homeopati. Hidupnya mekar semula dengan kehadiran Melanie D’Hervilly yang datang untuk mendapatkan rawatan homoeopati daripada beliau. Pada waktu itu, beliau sudah begitu terkenal sebagai orang yang mengasas homoeopati.
Pada Januari 1835, Dr. Hahnemann mengahwini Melanie yang pada waktu itu berusia dalam lingkungan 30 tahun. Sedangkan usia Dr. Hahnemann di waktu itu sudah hampir 50 tahun lebih tua daripadanya.
Hanya kira-kira tiga bulan sebelum beliau menyambut hari jadinya yang ke 80, Dr. Hahnemann telah dipilih sebagai “Honorary Member of the North American Academy of Homoeopathy” berpusat di Allentown, Pennsylvania. Ia merupakan kolej homoeopati yang pertama didirikan di Amerika Syarikat oleh Dr. Constantine Hering, iaitu salah seorang daripada sahabatnya yang sama-sama berjuang menegakkan sistem perubatan homoeopati.
Kejayaan rawatan beliau yang ditambah dengan dorongan dan promosi daripada isterinya sendiri menyebabkan amalan homoeopatinya terkenal sekali sampai ke England, Peranchis, Eropah dan ke seluruh dunia. Sementara penentangan daripada kalangan doktor allopati menurun dengan mendadak pada awal 1840an. Dan akhirnya, pada 2hb Julai 1843 Dr. Hahnemann telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau pergi setelah bergelut dengan pelbagai tragedi dalam memperjuangkan perubahan dan mengembangkan sistem perubatan homoeopati.

Batuk

1. Batuk hanya apabila ada orang asing berdekatan. -
2. Rasa mengantuk selepas setiap kali batuk-batuk.

3. Batuk seperti bunyi orang berkumur, seolah-olah air dicurahkan daripada botol.

4. Batuk hanya di siang hari, lega bila berbaring dan bila makan.

5. Apabila menarik nafas dalam-dalam, ia menyebabkan batuk.

6. Kahak keluar bertali dan banyak.

7. Batuk selalunya melarat apabila menyanyi, tertawa terbahak-bahak, menangis, berbaring dan selepas tengah malam.

8. Rasa kahak anda seperti darah.

9. Batuk, kekejangan, dan melipat ke hadapan.

10. Batuk melarat selepas memakan daging.

11. Batuk-batuk disebabkan makan makanan manis, gula-gula, dsbnya.

12. Batuk disertai rasa sakit di kawasan lain seperti kepala, pundit, lutut, kaki dll.

13. Batuk cepat, pendek dan bunyi bergelegak dalam paru-paru.

14. Batuk serta lelah, sesak nafas tengah malam.
15. Batuk, jenis kering, sembelit.

16. Batuk, kering, bila batuk sakit dada.

17. Batuk selepas kena demam campak.

18. Batuk menyalak atau seperti tumpet serta keparauan. Suara “Bass”.


Pilihan Jawapan:
Antimonium tart. * Arsenicum alb. * Badiaga * Bromium * Bryonia * Capsicum * Cuprum met.* Drosera * Ferrum met.* Hyos. * Ignatia * Kali bich * Nitric acid * Phosphorus * Rhus tox * Staphisagria * Sticta * Thuja * Verbascum * Zincum

Apa itu SARS?

SARS DAN RAWATAN HOMEOPATI
Apakah itu SARS?
SARS ialah sindrom pernafasan akut yang teruk. Ia merupakan singkatan bagi Severe Acute Respiratory Syndrome. Ia dikatakan sebagai satu bentuk pneumonia yang teruk yang dipercayai ditemui buat pertama kalinya di Asia Tenggara lewat bulan Februari 2003. Hasil penyelidikan juga mendapati simptom-simptom SARS menyamai wabak radang paru-paru yang melanda wilayah Guangdong, China pada September 2002.
Di manakah wabak ini tersebar?
Setakat ini dikenalpasti bahawa China mencatat jumlah kes tertinggi dengan korban nyawa yang besar, diikuti oleh Hong Kong. Negara-negara lain yang dikenalpasti terdapat jangkitan SARS adalah Hanoi (Vietnam), Taiwan, Toronto (Kanada) dan Singapura. Menurut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sudah terdapat lebih 1,800 kes SARS. Sekitar 4% daripada mereka yang dijangkiti SARS menempah maut. Para ahli sains masih berusaha mencari punca SARS. Mereka percaya ia disebabkan oleh virus. Kini mereka memberi fokus kepada dua jenis virus yang dikatakan menyebabkan SARS mudah dijangkiti.
Apakah simptom utama SARS?
Dalam kebanyakan kes SARS, pesakit akan menunjukkan simptom-simptom seperti demam panas yang kuat (>38°C or 100°F), sesak nafas yang teruk dan simptom-simptom yang menyerupai flu. Termasuk batuk, rasa pening, tegang otot, hilang selera makan, ruam dan cirit birit. Ada juga laporan yang menyatakan pesakit mungkin mengalami penurunan platelet darah dan sel darah.
Tetapi biasanya demam muncul dahulu bersama dengan sakit-sakit otot, seram sejuk dan batuk jenis kering. Selepas 3 atau 4 hari, masalah pernafasan menjadi semakin teruk. Lebih kurang 80% hingga 90% mereka yang dijangkiti mulai pulih selepas 6 atau 7 hari. Bagaimanapun, 10% hingga 20% cenderung mendapat masalah kesukaran bernafas yang teruk dan mungkin memerlukan bantuan mesin untuk bernafas. Risiko kematian lebih tinggi di kalangan kumpulan ini, dan ada kemungkinan mempunyai kaitan dengan keadaan kesihatan pesakit sebelum ini. Mereka yang berumur melebihi 40 tahun lebih cenderung mendapat masalah pernafasan yang teruk ini.
Dalam perubatan homeopati, selain simptom utama itu kita memberi lebih perhatian kepada simptom individu. Simptom yang dizahirkan oleh individu sememangnya boleh berbeza dengan individu yang lain dan ini penting bagi kami membuat pemilihan penawar.
Adalah difahamkan masih belum ada penawar bagi SARS?
Memang betul. Ini adalah kerana dalam rawatan moden mereka perlu mengetahui punca atau penyebabnya dengan tepat. Antibiotik sudah tentu langsung tidak berkesan kerana SARS bukan berpunca daripada bakteria. Penawar pencegahan antvirus yang ada pula tidak dapat memberi kesan yang memuaskan.
Di dalam akhbar MMA ada menyatakan bahawa tiada ubatan tradisional yang boleh menyembuhkan SARS. Bagaimana dengan homeopati?
Setakat ini kenyataan itu adalah wajar. Tetapi kita tidak harus menolak kemungkinan sumbangan bahan-bahan yang terdapat dalam ubat-ubat tradisional itu boleh membantu. Tetapi hal ini perlu melalui siri kajian yang terperinci.
Khazanah penawar-penawar perubatan homeopati memang banyak dan beberapa penawar yang mempunyai simptom yang serupa boleh digunakan dengan berkesan bagi merawat pesakit SARS. Pesakit boleh sembuh kalau simptom-simptom yang dizahirkannya menyerupai simptom-simptom penawar kerana penawar yang diberikan itu akan menjadi penawar similimum. Sebaliknya, jika similimum tidak ditemui, rawatan itu akan kurang berkesan.
Ini juga bermakna tiada seorang pengamal homeopati boleh mendakwa bahawa dia mempunyai penawar SARS. Tidak ada penawar bagi penyakit SARS dalam perubatan homeopati. Yang ada ialah penawar bagi pesakit yang mempamerkan simptom-simptom yang serupa dengan penawar.
Apakah nasihat yang wajar diberikan kepada masyarakat awam?
Oleh kerana pakar-pakar kesihatan yakin virus tersebut boleh berjangkit menerusi batuk, bersin dan cecair hidung orang yang dijangkit, wajarlah orang ramai mengelakkan diri daripada berada di persekitaran mereka yang disyaki dijangkit virus tersebut. Seperti yang dimaklumkan di dalam akhbar, ini khususnya merujuk kepada mereka yang baru pulang dari lawatan ke luar negara terutama China, Hong Kong, Canada dan Singapura.
Selain itu, tidak wajar sekali isu ini menimbulkan keadaan panik di kalangan masyarakat awam. Demikian juga pada para jururawat, doktor dan kakitangan hospital. Pesakit yang mempamerkan simptom-simptom ini harus dianggap sebagai pesakit dan dilayan seeloknya. Di samping usaha-usaha melindungi diri, mereka yang disyaki boleh dikuarantinkan secara baik
Daripada laporan akhbar, di Malaysia sudah ada satu jawatankuasa kebangsaan SARS yang dipengerusikan oleh Menteri Kesihatan, Datuk Chua Jui Meng. Ini dilakukan walaupun belum terdapat sebarang kes pesakit yang positif SARS. Adalah difahamkan bahawa beberapa orang telah dikenalpasti mempunyai tanda-tanda SARS dan diberikan rawatan rapi di hospital kerajaan dan swasta. Dalam menangani mereka yang mempunyai simptom hampir sama dengan SARS (tetapi bukan sebenarnya masalah SARS) inilah yang kerapkali menimbulkan kekecohan di hospital atau klinik.
Jadi sekali lagi saya ingatkan. Jangan panik.
Kalaulah homeopati boleh membantu, apakah agaknya penawar-penawar yang boleh digunakan?
Antaranya ialah Aconitum napellus, Arsenicum album, Baptisia, Belladonna, Bryonia, Ignatia, Kali bichromicum, Mercurius dan Natrum mur. Dan ia seharusnya dipreskripsi berasaskan keserupaan simptom oleh pengamal yang mahir.
Anda boleh mencuba kuiz ini dan hantarkan kepada homeohbi@yahoo.com. Siapa yang mendapat 85% betul akan menerima sebuah buku homeopati keluaran kami percuma.

Homeopati berbeza dengan alopati

Produk homeopati bukan sahaja berbeza daripada produk alopati, tetapi juga daripada produk tradisional. Baik ianya teh Manjakani, kapsul Manjakani, Manjakani Plus, Perampina, Pelangsina, Tongkat Ali, pil ikan haruan, Awal Gamat, jeli Gamat, minyak Gamat, jus Mengkudu, Kacip Fatimah, teh Halia, halia Madu, Garlic, pil bawang putih, ikan linang, teh hijau, susu kambing, maupun pelbagai ubat yang diproses secara tradisional baik sebagai ubat ataupun sebagai pemakanan kesihatan.
Homeopati berbeza daripada kesemua itu, baik ianya hi-q, kismis, madu dan sebagainya dari segi cara ianya disediakan atau diproses bermula dari bahan mentah sehingga kepada peringkat ianya dipotentaiskan. Sekiranya ia diproses secara tradisional atau digunakan secara tradisional, tidak semestinya ia merupakan produk homeopati. Produk homeopati harus berbeza, dinyatakan berbeza, dilabelkan berbeza, diklasifikasikan berbeza serta dipreskripsikan mengikut kaedahnya yang tersendiri.
Justeru petikan berita yang disiarkan oleh Pusat Racun Negara, USM di dalam internet itu adalah bertepatan dan harus disokong serta dipraktikkan di dalam perundangan Malaysia.
Petikan dari berita tersebut berbunyi begini:
Ubat homeopati tiada kesan sampinganBerita Harian, Sabtu - 20 Februari 1999
Kuala Lumpur (Malaysia) - Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan telah membuat keputusan mengecualikan ubat homeopati daripada didaftarkan dengan Kementerian Kesihatan. Keputusan ini dibuat kerana bahan aktif tunggal yang terdapat dalam ubat homeopati adalah bahan yang sudah diproses mengikut kaedah homeopati dan tidak mengandungi bahan molekul ubat, jadi ianya tidak mengandungi bahan kimia dan kesan sampingan.

Ubat -ubat lain

Ubat Sakit Urat
Sakit urat berfungsi memulihkan kelesuan, lenguh-lenguh sendi, sakit seluruh badan dan sakit urat. Ia sesuai digunakan oleh lelaki atau wanita yang bekerja di pejabat atau kilang-kilang. Insyaallah ia dapat melegakan kesakitan yang berkaitan dengan urat saraf.Kandungan75 biji pil homeopathyHomeopathic rain forest herbsArnicattium cm
Selusoh ( Senang Bersalin )
Ubat selusoh atau lebih dikenali sebagai senang bersalin rumusan Prof Dr Nik Omar ini diperkenalkan oleh Prof pada tahun 1977 di Kelantan. Ia hasil kajian selama beberapa tahun dan terbukti berkesan untuk ibu-ibu yang akan melahirkan bayi. Ia sesuai digunakan oleh ibu-ibu yang hamil seawal 4 bulan kandungan dan selewat-lewatnya 9 bulan kandungan. Ia bagi memudahkan ibu-ibu untuk melahirkan anak. Insyaallah berkesan.Kandungan75 pil homeopathyBahan aktif tunggal homeopathyCaulophyllum cmHomeopathic rain forest
Masalah Wanita
Digunakan oleh setiap wanita yang bermasalah seperti keletihan, haid berpanjangan, keputihan, menopause atau pre-menstruation (PMS), membetulkan jadual kedatangan haid dan sebagainya. Ia dapat menyembuhkan penyakit sengugut ( period pain ). Sesuai bagi anak dara dan wanita yang telah berkahwin.
Set Lepas Bersalin
Set rawatan selepas bersalin lengkap ini adalah untuk pakej persiapan kepada ibu-ibu yang akan bersalin. Pakej ini mengandungi ubat senang bersalin, lepas bersalin lengkap selama 40 hari, mandian bedak kulit rambai, ubat demam kuning bayi, ubat sembuh luka jahitan forcep sewaktu bersalin dan aturan penggunaan.Cara makan terdapat didalam set ini. Ia dijual dengan harga RM200.00 ( Termasuk belanja pos ).
Harga Ubat
Kuat Lelaki sebotol RM40.003 botol RM100.00 termasuk belanja PosSuami Sayang sebotol RM40.003 botol RM100.00 termasuk belanja pos.Cergas Minda, Selusoh dan Sakit UratRM20.00 sebotol dan 3 Botol RM60.00 termasuk belanja posHomeopathy first aid kit RM80.00
Cara Makan 2 biji dimakan/dikunyah/dikemam3 hingga 4 kali sehari

Ubat Cerdas Minda

Ubat Cergas Minda Kelebihan Brain TonicIa dapat meningkatkan daya kretiviti, pemikiran, ketahanan otak, bertambah cerdik, pandai, otak yang lincah, dapat membantu mengingati semula, meningkatkan kebolehan dalam matematik dan sains. Ia berfungsi untuk mempercepatkan, menyenangkan peredaran darah dalam otak. Jadi saraf-saraf didalam otak dapat berfunsi dengan cepat dan baik. Ini sekali gus meningkatkan kecerdasan otak. Insyaallah berkesan.Kandungan Ubat Brain Tonic ( cergas Minda )Homeopathic Rain Forest HerbsBahan Aktif Tunggal Homeopathy( Kali Phos cm )Mengandungi 75 biji tablet

Harga Ubat Kuat Lelaki

Prubatan Homeopathy Prof Dr Nik Omar.Harga Satu Botol RM 35.00Pesanan Minima 3 botl -Jumlah RM 100.00Termasuk Belanja Pos

Ubat Kuat Lelaki-2

Ubat Kuat Lelaki Kuat Lelaki adalah sejenis ubat homeopathy yang mampu menyelesaikan masalah zakar anda. Hasil kajian Pusat Perubatan Homeopathy yang diketuai oleh Prof Dr Nik Omar ( Pakar Prubatan Homeopathy ) mendapati Ubat Kuat Lelaki mampu menyelesaikan masalah lemah tenaga batin, masalah zakar tidak tegang sepenuhnya dan masalah tidak mampu bertahan lama. Hasil kajian juga menunjukkan Kuat Lelaki dapat mengaktifkan dan memperbanyakkan sperma didalam air mani.Setiap botol ubat KUAT LELAKI mengandungi 75 biji kapsul yang boleh dimakan begitu sahaja. Ianya diperbuat daripada herba-herba tropikal yang terpilih (Aconitum Napellus cm). Hasil penyelidikan Pusat Prubatan Homeopathy Prof Dr Nik Omar.Harga Satu Botol RM 35.00

Ubat Kuat Lelaki-1

Ubat Kuat Lelaki Rawatan Altenatif Homeopathy mampu mabantu anda yang menghadapi masalah lemah tenaga batin. Jika anda lemah syahwat, lemah tenaga batin, tidak mampu bertahan lama, zakar tidak menegang sepenuhnya atau masalah cepat klimaks maka jangan tunggu lama-lama kerana ia boleh menyebabkan mati pucuk. Jika anda mempunyai salah satu masalah tersebut maka cepat-cepat lah mendapatkan rawatan supaya penyakit yang anda alami dapat diubati. KUAT LELAKI mampu membantu anda dalam menyelesaikan masalah zakar anda.

Siapa yang memperkenalkan Homeopati?

TOKOH YANG MEMPERKENALKAN HOMEOPATI
I. Dr. Samuel christian hahnemann
Dr. Christian Hahnemann atau lebih dikenali sebagai Dr. Hahnemann dilahirkan pada tahun 1755 dan berbangsa Jerman. Beliau adalah doktor Jerman pertama yang memperkenalkan sains perubatan baru yang diberi nama "Homeopati". Beliau telah menerbitkan karangannya yang pertama tentang homeopati pada tahun 1796. Dr. Hahnemann meninggal dunia pada tahun 1843 semasa usianya 88 tahun.
Pada awal abad yang lepas, Dr. Samuel Hahnemann mendapati bahawa apabila memakan kulit kayu Sinkona, beliau mendapat simptom yang sama seperti penyakit Malaria. Anehnya, pada ketika itu, Sinkona digunakan untuk mengubati malaria. Oleh sebab berasa takjub akan kejadian itu, Dr. Hahnemann telah memberi dos kecil ubat-ubatan kepada orang yang sihat dan juga dirinya sendiri lalu mencatat segala perubahan yang berlaku.
Lama-kelamaan, beliau telah dapat menyenaraikan pelbagai jenis ubat berserta simptom yang dihasilkan dalam manusia normal. Seterusnya, beliau merawat orang sakit dengan memberi ubat yang sama dengan simptom yang yang dialami oleh pesakit tersebut . Keputusannya sungguh menggalakkan. Bagaimanapun, Dr. Hahnemann kadang kala mendapati seseorang pesakit menjadi lebih teruk apabila diberi dos ubat yang biasa. Dari itu, beliau telah mencairkan kepekatan ubat-ubatnya dan mendapati bahawa ini menjadikan kebanyakan ubat lebih berkesan dan tidak membawa apa-apa kesan sampingan
Sejak itu, banyak doktor telah menguji hasil penemuanDr. Hahnemann dan pada hari ini, lebih daripada 2000 bahan aktif homeopati telah ditemui .
Ii. James tyler kent
James Tyler Kent Dilahirkan pada tahun 1849 adalah pengamal perubatan homeopati yang terkenal di Amerika Syarikat. Beliau telah banyak memberi sumbangan terhadap perubatan homeopati sama seperti Dr. Hahnemann. Dr. Kent semasa hayatnya telah menulis "The Great Repertory", iaitu sebuah buku teks yang lengkap tentang homeopati. Buku tersebut masih diguna pakai sehingga ke hari ini. Memang terdapat buku lain tentang homeopati, tetapi kebanyakan pakar menggunakan teks yang ditulis oleh Dr. Kent.
Kebanyakan pengamal homeopati sekarang menggunakan kaedah yang sama yang digunakan oleh Dr. Kent, iaitu dengan pengambilan satu dos ubat yang berjumlah dari 30c hingga 10m, dan kemudian menunggu sehingga ubat tersebut selesai bertindak balas sebelum memberi dos yang seterusnya kepada pesakit .
Walaubagaimanapun, Dr. Kent kemudiannya menggunakan kaedah yang dipakai oleh Dr. Hahnemann. Dimana pemberian ubat kepada pesakit dimulakan dengan pemberian dos yang sedikit jumlah sukatannya. Kemudian Menambah sukatan tersebut, dimana untuk setiap tambahan, ditambah tiga kali daripada sukatan asal. Contohnya 6,9,12 dan seterusnya.. Ubat tersebut dimakan setiap hari oleh pesakit.
CARA RAWATAN
Perkara pertama yang diambil kira dalam rawatan homeopati ialah sejarah terperinci pesakit. Setelah itu simptom penyakit diteliti. Ini kerana, setiap ubat ialah spesifik untuk sejenis penyakit dan juga pesakit. Misalnya, sakit kepala sahaja boleh terjadi di beberapa bahagian kepala yang berlainan; jadi sudah pasti tidak boleh diberi satu jenis ubat yang sama.(Repertory Of The Homeopathic Materia Medica2).
Tiada pengitlakan3 dalam homeopati seperti mana perubatan moden. Inilah yang membezakan homeopati daripada perubatan biasa.
Ujian yang sama seperti yang digunakan oleh ahli perubatan lain digunakan semasa membuat diagnosis. Kadang-kala, dalam menentukan simptom, ahli homeopati harus memilih simptom yang paling menonjol atau ganjil. Setelah diagnosis ditentukan, dos efektif yang rendah akan diberi kepad pesakit dan keberkesanan ubat akan ditentukan. Biasanya ubat homeopati akan diberi sekali sahaja kepada pesakit, dan kemudiannya ia kan bertindak balas sendiri dalam jangka masa yang panjang.
BAGAIMANA UBAT BERTINDAK
Prinsip yang digunakan dalam homeopati ialah Similia Similibus Curentur dan dos minimum. Inilah yang membezakan homeopati dan perubatan moden. Perubatan moden berasaskan penyakit perlu ditentang, yakin apabila seseorang itu sakit, ia mesti diberi ubat untuk melawan sakit tersebut. Ubat yang kuat diberi untuk menghalang laluan semulajadi tubuh ataupun melawan kuman yang hadir secara langsung.
Homeopati pula mengutamakan sistem pertahanan semulajadi badan. Ia mempercayai semua penyakit dapat dilawan oleh mekanisme pertahanan badan kecuali penyakit yang memerlukan pembedahan. Simptom dan tanda penyakit ini penting untuk ‘membuang’ penyakit. Jika simptom ini disekat, tubuh tidak dapat menggunakan sistem pengubatannya sendiri. Selain itu, sekatan yang berterusan akan menyebabkan sistem ini tidak berkesan dan pesakit tidak dapat mengatasi penyakit tanpa ‘campur tangan’ luaran.
Dengan homeopati, bahan yang mencetuskan simptom yang sama seperti penyakit yang dihadapi akan merangsang sistem perlawanan penyakit dalam badan dan seterusnya proses pemulihan. Inilah prinsip yang digunakan dan proses imunisasi dan ini diterima oleh doktor perubatan moden. Ubat homeopati akan meningkatkan antibodi badan yang menjadi rendah semasa sakit. Ia bertindak sebagai peneutral yang akan menghilangkan penyakit. Jika ubat yang kurang tepat diberi, pesakit akan sembuh tetapi mungkin memakan masa atau pun penyakit itu akan berulang pada masa lain. Namun, jika ubat itu tepat, pemulihan sepenuhnya akan didapati dalam masa yang singkat. Penyakit itu pula tidak akan berulang. Di sinilah ahli homeopati itu perlu kemahiran yang tinggi.
Semasa ubat disediakan, ahli homeopati akan mencairkannya secara bersiri dengan pepejal(biasanya laktosa) atau cecair(biasanya etanol). Jika pepejal digunakan, ubat akan dihancurkan untuk membentuk campuran dngan pencair tersebut. Proses ini disebut pentrituratan. Jikalau ubat itu boleh dilarutkan, ia akan digoncang dengan kuat bersama etnol. Proses ini disebut goncangan dan larutan dinamakan potencies. Apabila proses pencairan(pentrituratan atau goncangan) dilakukan berulang kali, sudah tentu akan tiba masanya apabila hanya terlalu sedikit molekul ubat yang tinggal. Jika diteliti Hukum Avogadro yang menyatakan satu mol bahan mengandungi 6.02 x1023 molekul,
Kita dapat merumuskan setelah 1024 pencairan, tidak akan ada lagi molekul ubat yang tinggal dalam larutan tersebut. Namun, kajian menunjukkan bahawa larutan tersebut masih mempunyai maklumat bahan asal tetapi dalam bentuk ‘tenaga’. Semakin cair larutan, semakin bertambah tenaganya. Ahli homeopati menerangkan bahawa bahan sebenar itu telah meninggalkan kesan kepada molekul pelarut. Kesimpulannya, ubat homeopati yang diberi kepada pesakit mengandungi kepekatan ubat yang rendah tetapi tenaga dalaman yang tinggi. Tenaga inilah yang merangsang pelbagai sistem bioenergetik tubuh.
Walaubagaimanapun, oleh sebab tiada terdapat kajian saintifik yang dapat membuktikan fenomena ini, banyak doktor tidak dapat menerima teori ini.
BUKTI KEBERKESANAN HOMEOPATI
Homeopati mempunyai 200 tahun pengalaman dalam mengawal penyakit. Ia pertama kali tersebar luas di pengetahuan umum Apabila homeopati berjaya mengawal wabak taun pada abad ke-19 yang lalu. Semasa kemunculan wabak selesema selepas perang dunia pertama, hospital homeopati mencatatkan jumlah kematian yang rendah, sebaliknya hospital yang menggunakan perubatan biasa mencatatkan kematian antara 20% hingga 30% .
Tiga meta-analisis perubatan klinikal berkenaan homeopati telah dijalankan pada akhir dekad yang lalu dan kesemuanya menyimpulkan bahawa homeopati adalah satu perubatan yang berkesan.
Kajian terbaru telah dijalankan pada 20 sepetember 1997 berkenaan dengan isu pisau tajam bermata dua yang digunakan oleh doktor bedah(lancet). Kajian ini dipimpin oleh Dr. Wayne Jonas dan Dr. Klaus Linde. Mereka menyatakan bila 89 bukti kajian keatas homeopati dikumpul untuk menilai qualitinya, didapati homeopati 2.45 kali lebih berkesan daripada ubat plasebo4. Satu lagi kajian telah dijalankan pada tahun 1996 oleh Kumpulan Pengkaji Perubatan Homeopati yang dibentuk oleh Persatuan Eropah untuk menentukan keberkesanan homeopati. Kajian ini telah mengumpul kajian daripada 17 ujian klinikal yang melibatkan 2001 pesakit. Hasilnya didapati homeopati lebih berkesan berbanding plasebo, dan kemungkinan 0.027% daripada keputusan ini wajar diubah. Walaubagaimanapun, kajian ini tidak dinyatakan dalam jurnal perubatan. Jadi ia tidak dapat diperolehi dengan dengan mudah
Meta-analisis ke tiga telah dijalankan pada 9 Februari 1991 berkenaan tentang Jurnal Perubatan British. Ia dijalankan oleh dua orang pengkaji dari Belanda yang ingin menilai kemujaraban pelbagai perubatan alternatif lain. Walaupun mereka adalah orang yang sentiasa mencurigai homeopati dan perubatan alternatif lain amnya. Namun mereka telah melapurkan bahawa"Jumlah keputusan yang positif yang dijalankan sungguh memeranjatkan mereka" dan "Bukti yang diperolehi daripada kajian ini memadai untuk membuktikan homeopati sebagai satu rawatan yang tersusun, selamat dan berkesan untuk sesetengah penyakit".
KESIMPULAN
Homeopati boleh digunakan untuk kebanyakan penyakit berbalik dan jangkitan akut, tetapi tidak untuk penyakit yang memerlukan pembedahan dan pembetulan. Contohnya, homeopati tidak dapat mengubati hernia. Pada awalnya, rawatan mungkin mengakibatkan simptom yang bertambahan atau kemunculan simptom baru yang sebelum pemulihan bermula.
Terdapat juga doktor perubatan yang beranggapan bahawa semua kebaikan homeopati lahir daripada kesan plasebo, iaitu rawatan menjadi mujarab hanya kerana pesakit mempunyai kepercayaan penuh terhadapnya’ bukan kerana kesan ubat itu sendiri. Walaupun begitu, terdapat percubaan yang saintifik yang menunjukkan bahawa kebaikan homeopati ini adalah jauh lebih baik berbanding kesan plasebo sahaja. Namun penemuan ini menerima banyak bangkangan daripada pelbagai pihak. Penyelidikan yang terhad juga merupakan masalah besar untuk mendapat jawapan pasti tentang perubatan ini,kerana terdapat banyak lagi perubatan alternatif yang dan masing-masing mempunyai kebenaran tersendiri.
PENUTUP
Homeopati telah mengubati jutaan orang diseluruh dunia. Ia harus diselidiki dengan lebih mendalam walaupun keputusan yang didapati mungkin menggugat industri farmasi sehingga memaksa harga ubat mereka dikurangkan. Persatuan homeopati sepatutnya berusaha lebih gigih untuk menaikkan taraf perubatan ini agar dapat dianggap sebagai satu bidang yang saintifik khasnya kerana segala ubat yang digunakan dalam rawatan homeopati berdasarkan kajian dan eksperimen. (Dr. Osman)
Buat masa ini, kita terpaksa menerima apa yang ada dan menunggu perubahan yang mungkin berlaku pada masa hadapan. Perubatan moden juga berkembang secara ini. Apa yang penting ialah kita tidak boleh memandang ringan perubatan homeopati kerana kejayaannya nyata. Seperti kata Mirinda Castro dalam bukunya The Complete Homeopathy Handbook, seseorang itu mesti melihat sendiri kesan positif dan kejayaan pengubatan homeopati ini kerana penyelidikan sahaja pasti tidak mencukupi tanpa sebarang bukti yang kukuh.
RUJUKAN
Dewan Kosmik – Jun 1994
http://www.dimensional.com
http://www.healthshop.com
Kamus Dwibahasa Oxford Fajar Edisi Ke-2
Kamus Dewan Edisi Ke-3, Dewan Bahasa Dan Pustaka 1992

Homeopati 2( Apa itu Homeopati)

APA ITU HOMEOPATI ?
Homeopati adalah satu sistem perubatan yang diasaskan pada awal abad ke-19 oleh seorang doktor Jerman iaitu Dr. Samuel Christian Hahnemann. Perubatan ini sangat popular di Amerika pada akhir abad ke-19, dimana 15% doktor di negara tersebut adalah pengamal dan pakar homeopati. Walaubagaimanapun, dengan kemajuan teknologi perubatan moden, homeopati dianggap satu cara perubatan lama dan tidak menarik.
Walaubagaimanapun, sejak 1980, homeopati diminati kembali di Amerika dan buku berkenaan homeopati boleh didapati di kebanyakan kedai buku dan juga pengamal homeopati diseluruh negara.
Homeopati boleh didefinisikan sebagai satu sistem perubatan yang berasaskan prinsip bahawa, agen yang menghasilkan simptom tertentu dalam keadaan sihat, turut menyembuhkan simptom tersebut dalam penyakit. Contohnya penggunaan sinar-X untuk mengubati barah memang sedia termaklum, walaupun diketahui bahawa sinar itu sendiri boleh mengakibatkan barah. Begitulah juga dengan falsafah perubatan secara homeopati ini. Dalam perkataan lain, bahan yang boleh menyebabkan penyakit juga dapat menyembuhkannya. Selain itu, semakin rendahkepekatan ubat yang diberi, semakin berkesan ubat tersebut.
Kebanyakan ubat homeopati disediakan daripada ekstrak tiga sumber, iaitu
i. Daripada tumbuhan
-Lebih daripada ½ ubat homeopati dibuat daripada tumbuhan. Walaubagaimanapun ubat homeopati tidak secara eksklusif berasal daripada tumbuhan dan ia tidak sama dengan ubatan herba.
ii. Daripada haiwan
Bahan ini diambil dari bisa binatang seperti bisa ular, hormon dan lain-lain bahan daripada binatang yang boleh menghasilkan toksikologi atau tindakbalas farmakologi
iii. Daripada bahan Mineral
- Bahan ini termasuk garam asli, bahan kimia dan logam. Contohnya Sodium klorida, emas, dan perak
Kesemua bahan ini diproses melalui proses pencairan dan pengoncangan yang dilakukan berperingkat-peringkat dan berulang-ulang kali. Ubat yang dihasilkan mampu merangsang sistem pertahanan badan seseorang. Selain itu, ubat homeopati tidak menghasilkan apa-apa kesan toksik sampingan dan dapat disimpan untuk masa yang lama.Dalam kamus Dwi Bahasa Oxford Fajar,Edisi ke-2, Homeopati didefinisikan sebagai satu jenis perubatan dengan ubat yang (lazimnya dengan sukatan yang sangat kecil) kepada tubuh orang yang sihat yang akan menghasilkan tanda penyakit yang ingin diubati

Belajar Perubatan Homeopati 1

PENDAHULUAN
Homeopati sebenarnya merupakan salah satu bidang perubatan yang semakin dikenali dinegara kita. Pengubatan yang menggunakan prinsip Similia Similibus Curentur Let Like Be Cured With Like ini sangat masyhur di Eropah dan India.
Homeopati mula diamalkan di negara kita sejak zaman lepas perang dunia ke dua lagi. Tentera India di bawah pihak British mempunyai pakar homeopati mereka sendiri yang dibawa khas dari India. Anak Malaysia yang paling awal mengamalkan perubatan ini ialah Dr. Burhanuddin Helmi. Kini, terdapat ratusan klinik homeopati di negara ini dan penerimaan masyarakat adalah menggalakan.Walaupun tidak semaju India dan Perancis, kemajuan homeopati di sini sangat membanggakan. India, misalnya mampu mengadakan khidmat pembedahan tetapi kita di Malaysia belum tiba ketahap itu. Kegiatan P&P di Perancis pula boleh dikatakan yang terbaik di dunia. Malangnya di Malaysia, homeopati tidak berpeluang mendapat peruntukan untuk menjalankan sebarang kajian. Kerajaan belum mengiktiraf homeopati dan masih menganggapnya sebagai satu perubatan tradisional. Pada hakikatnya homeopati adalah satu seni dan juga satu sains, dan ia telah terbukti. "Homeopati bukan perubatan tradisional tetapi cabang perubatan konvensional, tambahan lagi, pengasas homeopati, Dr. Hahnemann, merupakan seorang doktor biasa".( Dr.Osman Mahwan )

Tajuk/ topik yang dipelajari -Perubatan Homeopati

1.DEFINISI HOMEOPATI MERAWAT PENYAKIT / PESAKIT MENGIKUT PRINSIP ‘SERUPA MENYEMBUHKAN YANGSERUPA’ (SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR).
SEJARAH HOMEOPATHY PENGASAS: SAMUEL HAHNEMAN
Penulisan yang penting :
1.ORGANON 1- 6 2.1755 - 1843:
2.CHRONIC DISEASES
3.MATERIA MEDICA PURA.
4.SEJARAH RINGKAS HOMEOPATI DI MALAYSIA Dr. Burhanuddin Al Helmi : 1911 - 1969 graduan Ismaliah Medical College, New Delhi seorang yang berjiwa masyarakat Status homeopati di Malaysia tidak diiktiraf tapi tidak dihalang. Murid-murid pertama Prof. Dr. (H) Mohd Nor Dr. (H) Hj Dali Hj Muin Dr. (H) Mohamad Hj Yaakob Dr. (H) Abd Rahman Hj Hashim. Kata-kata Dr. (H) Burhanuddin “Saya berpendapat ilmu kedoktoran homeopati ini adalah milik bangsa (national asset) yang dapat saya persembahkan menjadi pusaka kekal buat negara yang merdeka kelak”. 3.FALSAFAH PERUBATAN HOMEOPATI: Buku utama homeopathy yang merupakan asas falsafah dan juga amalan ialah THE ORGANON of MEDICENE. 4.AJARAN ORGANON MERANGKUMI: 1.Similia 2.Penyakit buatan 3.Uji bukti (proving) 4.Keseluruhan gejala (totality of symptoms). ORGANON MISSI PERAWAT 1.PARA 1 : 1.‘The physician’s high and only mission is to restore the sick to health, to cure as it is termed’. 2.PARA 2 1. Cara penyembuhan yg paling ideal ialah: 1.dgn mengembalikan kesihatan melalui jalan yg cepat, lemah lembut dan berkekalan 2.menyembuhkPan penyakit secara keseluruhannya dlm jangka masa yg singkat 3.dapat dipertanggungjawab 4.paling tidak memudharatkan menurut kaedah yang ma’kul. 5.APAKAH YANG PERLU 1.Pengetahuan tentang penyakit tertentu 2.Pengetahuan tentang kuasa setiap penawar 3.Mengetahui penawar yang harus dipilih 4.Mengetahui dos yang betul. 6.DEFINISI VITAL FORCE (KUASA HAYAT) Organon Para 9 Dalam keadaan sihat, vital force yang bersifat ruhani menggerakkan organisma / material agar menduduki di tempat (maqam) tertinggi Ia berfungsi mempertahankan pancaindera & aktiviti-aktiviti semua bahagian agar organisma dpt hidup dlm keadaan harmonis yg menjurus kpd keta’juban Lantas kuasa ruhaniah yg menduduki organisma tersebut boleh dgn bebas menggunakan jasad yg sihat untuk mencapai matlamat unggul kewujudan manusia. Organon Para 10 Tanpa vital force -Organisma material tidak berupaya untuk dapat merasa dan mempertahankan dirinya Tubuh akan mati.7.PRINSIP ASAS HOMEOPATI 1.Undang-undang Serasi (Similia) 2.Dos Minima (Minimus) 3.Satu Penawar (Single Remedy). Organon Para 18 “Kita boleh rumuskan bahawa keseluruhan semboyan dan keadaan yang diperlukan dalam kes-kes secara individu sahaja sebagai petunjuk yang boleh memandu kita kepada pilihan remedi yang tepat”.ORGANON PARA 5 “Dalam rangkausaha penyembuhan, seorang harus mengambil kira konstitusi fizikal yang mengatasi sakit (terutama bila sakit kronik), ciri-ciri intelek dan efektifnya, aktiviti-aktivitinya, gaya hidup dan tabiatnya, taraf sosialnya, hubungan kekeluargaannya, usianya, kehidupan seksualnya dan sebagainya.” 8.HUKUM MIKRO DOS Penggunaan dos minima:- ‘Potentisation’ Besar mana dos harus digunakan Apakah dia aggravasi homeopati?9.UNDANG-UNDANG ARAH KESEMBUHAN Undang undang Hering. Penyakit akan sembuh dari dalam ke luar, dari atas kebawah dari organ yang lebih mustahak kepada yang kurang mustahak , penyakit yang datang paling akhir akan sembuh dahulu dan seterusnya. P = Psyche>>>> N = Neuro>>>>> E = Endocrine>>>> I = Immune atau Mental / Spiritual Emosi / Jiwa Fizikal 10. KLASIFIKASI PENYAKIT Akiut (acute) - masa yang singkat + mungkin bersifat sementara Penyakit kronik - mungkin timbul dari:- warisan / genetik kesan alam sekitar termasuk tekanan kerjaya/ keluarga dan kesan kepada emosi racun / kuman yg bertapak - tibi, sifilis, gonorea, streptococcus, dll racun kimia/kesan radioaktif.11. PEMILIHAN PENAWAR 1.Individualisasi 2.Melalui semboyan fizikal / mental/emosi 3.Punca penyakit / etiologi 4.Berlandaskan ‘miasm’. 12.FARMASI & TATACARA PEMBERIAN PENAWAR i.Bentuk 1.Cecair 2.Globiul / pil 3.Disket 4.Debu 5.Losyen / krim ii.Klasifikasi 1.Potensi rendah 1x - 6c 2.Potensi sederhana 12c, 18c, 30c 3.Potensi tinggi 100c --> 1m --> iii.PENENTUAN POTENSI 1.Penyakit akiut: potensi rendah & sederhana 2.Penyakit kronik: potensi sederhana --> tinggi. 13.PENGAMBILAN KES 1.Penyakit yg hendak dirawat 2.Latar belakang penyakit / sejarah 3.Semboyan / modaliti 4.Lokasi 5.Patologi 6.Emosi / Mental 7.Sejarah ibubapa. 14.PENGAMBILAN PENAWAR 1.Bentuk globiul 2.Kekerapan mengikut penyakit 3.Penyakit akiut diulang setiap 3 - 5 kali sehari 4.Penyakit kronik - jarak dos bergantung kpd agravasi, sensitiviti penyakit, jenis penyakit, potensi yg digunakan 5.Guna potensi rendah adalah lebih selamat. 15.PANDUAN UMUM MENGAMAL HOMEOPATI 1.Pemilihan berdasarkan semboyan 2.Mengambil semasa perut kosong 3.1 jenis penawar sahaja 4.Drainage / pembersihan 5.Antidote / tukar penawar 6.Pantang. 16. RAWATAN KECEMASAN HOMEOPATI KECEDERAAN KULIT Luka terhiris - calendula, hypericum Luka tersiat - hypericum Luka melecet - hypericum Luka ditikam - ledum, hypericum Kecederaan lebam - arnica, ruta KECEDERAAN TERBAKAR Cantharis losyen Urtica urens Apis Calendula Hypericum. KECEDERAAN SISTEM OTOT Terseliuh - Arnica, Bryonia Lebam - Arnica, Otot Arnica, Ruta Tergeliat - Ruta, Arnica, Bryonia, Rhus tox Kepatahan - Arnica, Symphytum, Calcarea flor, Calcarea phos. RENJUTAN & PENGSAN (SHOCK / SYNCOPE) Pendarahan - arnica Terperanjat - aconite Takut hantu / bayang2 - opium Kejutan mental / kematian - ignatia arnica aconite Pengsan melihat darah - nux vom Pengsan di bilik panas - pulsatilla. SENGATAN / GIGITAN BINATANG Serangga - ledum Bengkak & panas - apis Kebas - hypericum Kulit jadi biru - tarantula Pengsan, muka hitam, bibir pucat - carbolic acid Sengat obor2 - medusa 6x, apis 6x Lebah / tebuan - apis Kalau pesakit terperanjat & takut mati - aconite. KESAN BURUK BAHAN-BAHAN a.Kesan Kepanasan veratum album cuprum - cramps Aconite glonoine b.Arak opium aconite belladona nux vom c.Kopi nux vom chamomilla coffea. d.Teh china coffea cruda d.Rempah & keracunan makanan nux vom arsenicum album gun powder. e.Rokok tabacum caladium kanak2 - boleh cuba pulsatilla, ignatia f.Benda masam & berasid nux vom sulphur lachesis. Rawatan homeopathy untuk luka/ kecederaan ARNICA: Arnica adalah ubat yang terutama yang kita fikirkan apabila anak anak terjatuH dan mengalami lebam. ia adalah penawar untuk kecederaan dengan bahan yang tumpul. Arnica juga bolhe menghilangkan kesan terperanjat . Arnica boleh di gandingkan dengan Aconite jika unsur terperanjat agak lebih . Kanak kanak yang demam setelah jatuh bolhe diberi Aconite dan Arnica 200c atau 30c. CALENDULA: Calendula adalah untuk luka yang bersih yang tidak dijangkiti kuman.Gunakan cecair terus keatas bahagian yang luka. jangan gunakan untuk luka yang dalam. HYPERICUM: Ini penawar untuk luka yang dalam. Penwar ini untuk luka yang dijangkiti kuman Jika ada perasaan sakit menyucuk, berikan hypericum 6c atau 30c . STAPHYSAGRIA: Jika ada luka tertikam, penawar ini adalah sesuai.MELECUR Melecur yang paling kerap ditemui ialah melecur `tahap pertama (first degree) dimana gejala nya ialah kulit menjadi merah. Tahap selepas ini ialah ada nya gelembung air dan selepas ini, tahap melecur yang agak berat ialah dimana keksemua lapisan kulit terbakar. Ini di panggil t(hird degree burn) atau melecur tahap ketiga. Di peringkat ini kulit menjadi hitam atau putih Melecur tahap pertama jika melebihi tiga suku ruang kulti adalah merbahaya dan tidak boleh dirawat di rumah dan begitu juga melecur tahap ketiga. CALENDULA: Ini adalah penawar yang utama yang digunakan di dalam kes melecur tahap pertama dan juga kesan parut dari melecur lama. Ia boleh di gunakan untuk melecur disebabkan berjemur di matahari. ia digunakan didlam bentuk `tincture' yang dicairkan, atau gel atau semburan.Ia digunakan sebagai ubat luar. CANTHARIS: Penawar ini adalah untuk perasaan sakit terutama didlam kes tahap kedua atau ketiga Ia perlu diambil sebagai ubat dalaman. CAUSTICUM Ini adalah penawar yang mungkin berguna untuk kesen parut kebakaran/ melecur. URTICA URENS: Ini adalah penawar utama yang digunakan untuk perasaan sakit melcur tahap pertama. Ia boleh digunakan juga didalam kes sambar panas (sun burn)Penawar ini biasanya diambil sebagai ubat dalaman didalam potensi 6c atau 30c. Demam panas Demam panas dikalangan kanak kanak adalah pekara yang sering di temui . Malahan kanakkanak lagi mudah demam dari orang dewasa dan demam itu adalah aktiviti sistem pertahanuntuk memperbanykkan anitbodi ddalam badan kanak kanak itu supaya sistem pertahanannyakukuh dan membpu meolak infeksi kemudiannya kelak. Seringkali bila anak demam, ibu ayah akan sibuk memberi ubat demam untuk menurunkan kadarpanas dengan secepat mungkin . Ubat yand sering digunakan ialah parasetamol dan selain iniyang terbaharu adalah ibuprofen. Ubatan ini memang mampu menurunkan kadar demam tetapikajian demi kajain telah menujukkan bahawa suhu yang panas itu adalah perlu untuk badanmenjalankan tugas melawan kuman bakteria atau yang lebih biasa, virus yang menyerang! Amalan yang di syorkan oleh Rasul SAW ia itu menyejukkna suhu dengan air adalah cara yangselamat dan tidak mudharat sebab memang tidak boleh dinafikan jika terlau panas bolehmengakibatkan sawan demam! Akan tetapi, didalam pengalaman saya sawan demam ini tidakakan terjadi kepada kesemua bayi dan ada bayi yang senang mendapatnya dan ada bayi yangtidak akan mendapatnya. Rawatan homeopathy yang saya amalkan untuk kanak kanak atau bayi yang demamtermasuklah Aconite, Belladonna, Ferrum phos, Pulsatilla, Chamomilla dan lain lain. Kesan dari rawatan homeopathy tidak menurunkan kadar suhu dengan cepat seperti parasetamoltetapi kanak kanak akan lebih selesa, kurang meragam, tidak dapat sawan dan tidak gelisah. Sedikit penerangan penawar untuk demam panas Aconite Demam berlaku dengan secara tiba tiba, pada kanak kanak yang biasa nya cergas, mungkinselepas berembun atau terkena angin sejuk, atau terperanjat.. Demam nya terlau panas danmungkin anak gelisah dan rasa takut wujud.Kanak kanak haus dan gelisah. Suhu panas dankering berselang seli dengan sejuk berpeluh.Peluh nya adalah di kawasan yang ia baringdiatasnya. Belladonna Yang ketara pada aank yang memerlukan penawar ini adalah meracau semsa demam sehinggakadang kal nampak hatu dan seaginya.Kaknk kaknk terlau kering dan panas, muka mungkinmerah kepanasan tetapi kadangkala tidak nahu minum. Anak yang demam senang terperanjuat dan boleh medapat sawan demam. penawr ini adalhyang utama say gunakan didalam kes sawan demam. kaknk kanak tersentak bila diangkat ataudiletak! Chamomilla Penawar ini dibri mengikut pernagai anak yang demam. Jika anak iti kuat mengamuk sertamarah dan tidak mahu diletak, mahu didukung atau di buai, sering mebaling benda yang dimintamak chamommilla lah penawar untuk demam nya! Ferrum phos Demam ferrum phos terjadi dengan beransur dan tidak serta merta pada kanak kanak yangberwatak lemah longlai. Kaki tangan nya sejuk tetapi kepala nya panas.Boleh diginakan secararutin didalam kesemua kes slesema yang di peringkat higus meleleh. Penawr ini di gunakandenga fahamn biochemic untuk demam. Sesuai diulang jika di bancuhkan sebiji dengan potensi6c atau 12c dan di beri setiap setengah jam.sehingga mendapat tindak balas. Pulsatilla Ini adalah suatu lagi penawar yang diberi mengikut watak anak yang demam.Kanak kanakmanja, kuat merenget , minta dbelai dan dilayang tidak mauh diletak , menangis manja, bukamenagis marah, sungguhpun demam tidak haus dan tidak mahu makan.Rawatan BatukPenawar Homepathy boleh merawat batuk akan tetapi batuk yang berlarutan atau bersifat kronikperlukan rawatan dari Pengamal Homeopathy yang berpengalaman untuk mendapatkan rawatanmenyelurah ( constitiutional treatment.) ACONITUM: Kanak kanak atau Dewasa yang memerlukan Aconite bangun dari tidur dengan batuk yangkering dan serak. Gejala batuk yang memerlukan Aconite ini adalah, tiba waktu malam, selepastengah malam. penyakit yang memerlukan Aconite terjadi selepas pesakit terdedah kepada udarasejuk, angin malam, dan batuk nya melarat selepas meminum air sejuk , atau terhidu asaprokok Penawar in kerap kali di perlukan pada peringkat awal batuk `anjing' `coup', ataupenyakit bronkitis atau radang paru-paru (pneumonia)Beserta batuk mereka akan mengidapmulut kering dan sesak nafas.Mereka selalunya terasa dahaga. Perasaan risau atau cemas kerap kali megirigingi batuk ini. ANTIMONY TARTARICUM Batuk yang berbunyi kuat serta berkahak dengan ketidakupayaan untuk mengeluarkan kahaknyaitu.Kadangkala batuk bermula disebabkan marah atau tercuit perasaan .Kesesakkan nafas yangdialami akan menyebabkan kanak-kanak ini mengantuk, lemah dan tidak bermaya.Melaratselepas pukul empat pagi, Kesesakkan nafas menyebabkan mereka lebih mahu duduk daribaring. Beserta dengan kesesakan nafas, ada perasaan gelisah, pesakit terasa kesejukan tetapitidak mahu juga bilik yang panas atau tertutup.Mereka berkehendak bilik sejuk dan tingkapterbuka. Remedi ini jarang diperlukan pada awal penyakit. Remedi ini sering diperlukkan bilabatuk berhasil dari suntikkan tiga serangkai. BELLADONNA Bila gejala batuk datang dengan tiba tiba dan batuk tidak berkahak, berserta suara serakmungkin Bell yang diperlukan .Kanak kanak ini mungkin mengantuk(drowsy), dan semasa tiduria meracau . Gejala batuknya melarat pada waktu malam.: BRYONIA: Bila selsema bermula dengan hidung berhingus dan bergerak ke dada, Bryonia sering diperlukan., terutama, bila batuknya kering dan melarat bila bergerak.Menarik nafas adalah sakit,dan bergerak pun sakit . Kanak kanak akan cuba duduk sediam yang dapat.Kanak kanak ini tidaksuka bilik panas, dan batuk akan melarat dibilik panas serta selepas makan dan minum.Tekakmungkin terasa gatal dan in juga menyebabkan batuk.Batuk mungkin diiringi dengan perasaanloya dan semasa batuk, mungkin kepala akan terasa sakit.Pesakit terasa haus dan inginkan airyang banyak. DROSERA Batuk bertalu talu serta kering dan berbunyi macam salak anjing (barking cough) . Pesakitmungkin mengalami gatal tekak di sertai dengan bunyi tersedak.peluh sejuk dan muntah.Batukakan bertambah teruk semasa baring, selepas tengah malam terutama pada pukul dua pagi danbatuk juga teruk semsa bercakap, makan atau minum. Kanak kanak ini mungkin memegangdada nya semsa batuk. Berpeluh banyak dan terasa kedinginan terutama waktu malam,suaramungkin menjadi serak. FERRUM PHOS Gejala batuk bagi penawar ini ialah , pesakit tidak mengalami batuk itu dengan tiba tiba,disebaliknya gejala batuk itu datang dengan beransur ansur dan tidak terlalu kuat( not a suddennor violent onset).Kakak kanak yang memerlukan penawar ini sering pucat dan menjadi sakitkalau terkena cuaca sejuk atau badan nya terdedah pada sejuk.Batuk melarat di kala sejuk,waktu pagi, dan selepas makan. kadang kadang kahak mengandungi darah dan mungkin adarasa sakit didada, sakit mencuck sewaktu batuk dan semsa menarik nafas.Tidak mempunyaiselera makan dan tidak mahu makan daging serta susu tetapi suka pada benda masam.Suarajuga mungkin serak. HEPAR SULPHURIS Penawar ini untuk batuk yang berdengking terutama bila ia melarat ketika sejuk.Batuk jugamelarat semasa terkena habuk , tekak kering , memakan atau meminum benda sejuk., tariknafas panjang, atau angin sejuk.Bunyi kahak tetapi tidak dapat megeluarkan nya, ataupunbanyak kahak dan dapat meludahkannya.Anak anak ini akan berpeluh semasa batuk dan peluhnya berbau masam.Cuaca mendung atau hujan mungkin lebih disukainya tetapi tidak bolehtahan dengan angin sejuk.Pesakit amat sensitif semasa sakit, selalu marah marah IPECAC Bila anak mendapat batuk yang berbunyi kering dan bertau talu serta loya dan muntah (wretching) Ipecac mungkin penawarnaya.Kanak kanak ini mendapat kahak yang mengandungidarah dan gatal tekak meneybabkan batuk . Mereka meungkin batuk dengan setaipa nafas danmungkin mengalami air liur yang berlebihan.Batuk melarat di waktu panas dan bila baring di ataskatil yan panas. batuk mungkin terjadi semasa perubahan cuaca . Ia mungkin disertai bersin danserak suara. Penawar ini sering digunakan untuk bayi yang batuk beserta muntah. KALI BICHROMICUM Dikenali daripada kahak yang bersifat bertali dan kuning. Pesakit akan bertambah batuk selepasmakan , minum mendedah anggotta badan dan cuaca sejuk atau pukul tiga pagi.Batuk akanberkurangan selepas keluar kahak yang bertali, pada cuaca pansa dan tidur dikatil panas.terasasensasi seperti rambut dibelakan tekak yang menyebabkan terbatuk. Suara mungkinserak dantereasa sakit bila menjelir lidah.Ada kalanya pesakit mengalami sakit di dada bahagian sternumyang melarat ke tegah belakang.penawar ini tidak digunakan di peringkat awal batuk. . PHOSPHORUS: Kanak kanak yang memerlukan penawar ini mengidap batuk yang bersifat kering dan keras bunyinya dengan rasa perit dibelakang tulang dada (sternum) Aggravasi adalah semasa baringterutama berbaring sebelah kiri.. pesakit akan terbanugn dan perlu duduk. Batuk juga melarat dikala bercakap, bergerak, berpindah dari bilik panas kebilik sejuk, seperti berlaku bila ke tempatberhawa dingin,atau dari bau bauan yang kuat ( contoh, tumis cili, minyak wangi).Untukmengurangkan rasa sakit, pesakit mungkin memegang dada nya semasa batuk Pesakit sukapada air batu, tetapi batuk boleh lega bila berselimut diatas katil. Batuknya meletihkan,dankakdang kala ada terasa pijar di dada serta tereasa ketat dibahagian dada.Hingus kadang kalaberdarah dan suara serak. Penawar ini sering diperlukan untuk kes berat seperti lelah dan radangparu paru akan tetapi kadangkala sesuai untuk batuk yang telah menjadi kronik.. PULSATILLA: Penawar ini mempunyai ciri ciri nya tersendiri tetapi sering kali diberikan berdasarkan ciri umumpesakit. pesakit yang memerlukan penawar ini tidak tahan bilik panas atau cuaca panas,batuknyamelarat semasa baring untuk tidur,berjalan di udara sejuk melegakan batuk. pesakit perlubangun untuk melegakan batuk, kahak hijau atau kuning dan batuk nya berkahak diwaktumalam tetapi kering diwaktu siang. Pesakit Pulsatilla senang menangis,tidak dapat berbuatkeputusan,cepat bertukar `mood' dan suka menyenangkan hati orang.Terlalu manja danberkehendak kasih sayang , takut di tinggalkan.. RUMEX: Gejala paling ketra penawar ini ialah terlalu sensitif terhadap keadaan udara sejuk.Udara sejukakan menyebabkan batuk sehingga pesakit akan menutup hidungnya dengan kain untukmengelakkan dari meghidu udara sejuk Tekak gatal dan tenggorok pun terasa miang danmenekkkan bahagian atas tulang dada akan menambahkan rasa miang.Batuk tidak berkahak dansuara serak. Melarat waktu malam serta bila bergerak dan lega bila panas. . SPONGIA: Penawar ini adalah yang utama untuk batuk yang kerting dan berdengking. Batuk akan melaratdengan angin sejuk, bilik panas , asap rokok , bercakap, tidur bantal rendah, meminum air sejukatau memakan benda manis.Batuk juga teruk di waktu awal malam.Makanan atau minumanpanas akan melegakan, juga bangun duduk dan membongkok kedepan.Batuk lebih teruk padaawal malam. . Rawatan Homeopathy Sakit perut memulas (colic) dan sakit gigi. Walaupun ada banyak teori teori kenapa bayi muntah atau mengidap apa apapenyakit, didalam perubatan homeopathy gejala itu adalah tindak balas organisma itu untukmenangani inkekis atau jangkitan dan tekanan dari dalam badan atau dari luar ( stress) . Ia itu,gejala sakit merupakan usaha badan untuk membela diri dan meneymbuh diri! Selain dari rawatan yang tidak wajar untuk bayi yang mengidap demam dan selsema rawatanuntuk sakit bila nak tumbuh gigi juga diberi rawatan yang tidak wajar termasuk lah ubat pelali,ubat menahan sakit dan juga ubat tidur atau sedative. Ubatan ubatan ini berpotensi membawakesan sampingan yang merbahaya.Pakar kanak kanak atau pediatrik didapti menggunaknunbatan in didalam usaha mereka untuk meringankan beban sakit bayi dan kecemasan ibuayah. Kita faham betapa ibu ayah dan doktor mereka tidak tertahan melihat penderitaan bayi merekatetapi disini ada rawatan yang berkesan dan selamat didalam bentuk rawatan homeopathy. Kerapkali bayi yang nak tumbuh gigi akan megalami selain dari sakit, gusi bengkak, meleleh airliur dandemam, kadangkala sakit perut dan juga cere beret.Gejela ini perlu di amati dan penawar yangsesuai dengan gejala diberi! Penawar yang paling kerap digunakan untuk sakit tumbuh gigi kanak kanak adalah chamomilla.Gejala yang dialami ialah gusi bengkak, kanak kanak meradang dan tidak mahu diletak, mahu didokong atau dibuai, inginkan itu dan ini tetapi bila diberi akan membuang nya. helisah tidurmalam, suka hisap jari.Tidak semetinya kesemua gekjal wujud untuk memberi chamomilla tetapijika ada tiga dari gejala ini sudah cukup untuk penawar ini berkesan untuk meredakanpenderitaan sakit tumbuh gigi. Penawar penawar lain termasuklah Podophyllum, Belladonna, Calcarea carb Coffea,coffeinum.Untuk mehamai yang mana satu yang diperlukan boleh dirujuk kepada materia medicapenawar berkenaan. Kadangkala semasa anak sakit adalah lebih wajar merawat kerisauan ibu bapa dari masaalahkanak kanak itu! Ibu bapa cukup takut apabila anak mereka demam sedangkan demam adalahsuatu cara badan menangani infeksi yang akan memperkukhkan sistem pertehanan bayi itu.Yangpasti 95% keadaan sakit kanak kanak tidak perlu sebarang rawatan. Ini telah diakui oleh pakarkanak kanak Robert Mendelsohn dari Amerika Syarikat.Rawatan yang menurunkan demam bolehjuga membawa masaalah pada sistem pertahanan kanak kanak itu disamping membebankan hatidan buah pinggang dengan `drug'. Rawatan homeopathy untuk sakit perut terasuklah chamommilla, pulsatilla, Nux Vomica, natrumSulph, Bryonia mag phos, colocynthis, lycopodium dan sulphur.Untuk keterangan lanjut tentangpenwar penawar ini, sila rujuk kepada materia medica penawar penawar tersebut. Walaupun kadangkala dapat dikatakan kanak kanak itu sakit perut sebab alahan pada apa yangdimakan. Didalam rawatan homepathy dipercayai bahawa kanak kanak yang siha tidak akan alahpada makanan dan rawatan boleh diberi berdasarkan apa yang di alahnya itu sama ada susu,atau buah dan lain lain. Penawar homeopathy mempunyai skop yang cukup luas untuk rawatan kanak kanak dan adalahjauh lebih selamat dari panadol, antihistamine, antibiotic dan lain lain `drug ' yang diberi olehdoktor.Amatlah perlu bagi ibu bapa mencari alternatif yang selamat dan berkesan untukmerawat masaalah kesihatan kanak kanak.Malahan penawar homeopathy boleh memperbetulkanmasaalah dengan cara yang lebih berkesan sehingga kanak kanak itu tidak mengidap masaalahbegitu pada masa depan dan menjadi orang dewasa yang sihat. Homeopathy Rawatan Psikologi Ramai yang tidak faham bagaimana rawatan homeopathy boleh mengubat jiwa, menguatkanjiwa yang lemah dan menghilangkan perasaan sedih , mengubah watak yang baran, merawatanak anak yang bebal dan sebagainya. Sebenarnya setiap penawar homeopathy ada profile emosi dan psikologinya tersendiri danmampu mengubah watak dan penrangai yang bermasalah. Disini saya sekadar memberi beberapa contoh yang telah diambil dari kes kes yang benar benarberlaku sebagai illustrasi supaya dapat difaham skop rawatan homeopathy untuk merawat emosidan mental. Bagaimana penawar homeopathy boleh mengubat penyakit emosi? Pertama ,mari kita lihat bagaimana perangai dibentuk. Boleh dikatakan bahawa setiap watakdicorak oleh pengalaman pengalaman sendiri sejak bayi lagi, malahan sejak dari didalam perutibu lagi. Setiap yang berlaku kepada kita mempunyai kesan pada emosi. Didapati bahawa ` trauma ' kelahiran boleh membawa kesan keatas bayi.Pengalaman bayi sebelum ia mempunyaimemori tentang nya pun boleh berkesan keatas emosi dan wataknya. Jika misalnya bayi berumur dua tahun telah mengalami keadaan terperanjat yang melibatkanseorang lelaki berjanggut tebal, mungkin bila dewasa, inidividu ini akan takut kepada semua oranyang bermisai tebal,. akan tetapi ia tidak akan faham kenapa ia takut. Lebih lagi dari ini, katakanlah ayah dan ibu hidup susah melarat dan pernah dianiaya dandengan ini mempunyai perasaan rendah diri dan juga, disebabkan perasaan susah ini telahmembenci orang yang menindasnya. Keadaan psaikologi ayah dan ibu secara tidak langsungakan dirasai oleh anak tanpa diketahu sebab, maka mungkin ia akan benci orang tanpa difahamikenapa dan juga akan berperasaan rendah diri seperti perasaan ibu ayah tanpa memahami darimana perasaaan ini datang. Inilah yang dinamakan scripting dan sesuatu kaum boleh mewarisi perasaan perasaan nenekmoyangnya. Mungkin di bumi Melaka misalnya, dimana telah hilang kuasa politik berkurundahulu, budaya dijajah dan tunduk serta taat kepada pemimpin tidak kiralah betapa jahatsekalipun menular kuat didalam keturunan kita. Maka lihat pulalah pada penawar homeopathy Iodium , misalnya adalah sesai untuk kaum yang telah terpaksa berhijrah meninggalkankampung halaman dan terasa sebagai yang dibuang daerah dan perpegang kuat pada tradisilama nya.Iodium amat sesai untuk pejuang yang di sisih kerana berpegang teguh padaprinsipnya. Arnica penawar untuk trauma yang merangkumi trauma emosi serta fisikal. Pada suatu kes saya yang mana ia adalaah seorang isteri yang sering dipukul suami yang tidakbertanggung jawab maka ia datang didalam keadaan lebam lebam serta sakit, saya telahmembari nya Arnica untuk mengubat lebamnya, apa yang berlaku, rupanya Arnica telah merawatlebam jiwanya sekali dan dua minggu kemudian saya telah dapati wanita ini mempunyai jiwayang lebih kuat yang telah menyebabkan ia dapat bertindak untuk melepaskan diri serta anak-anaknya dari suami yang kejam itu.Tidak dapat saya certakan betapa air mukanya telahmencerminkan kekuatan emosi yang telah berlaku didalam jiwanya. Natrum Mur adalah penawar yang boleh mengubati jiwa yang sering memendam rasa. Jiwa natmur sering menyimpan perasaan sehingga sukar untuk menangis.Tangisan yang terpendamboleh menyebabkan selsema dan kahak .Seorang pesakit saya mempunyai wajah yang kelihatanbermasaalah , dahinya berkerut dan pernah saya bertanya pada kawan yang datang denganpesakit ini , adakah pesakit ini memarahi saya akan tetapi jawab kawannya ini tidak begitu,wajah kawan ini memang begitu sejak bertahun lamanya. Pesakit saya ini telah mengalami kematian ibunya yang meninggal akibat cancer payudarasemasa pesakit ini masih sekolah rendah lagi. hidupnya sejak kecil mengalami berbagai tribulasisehinggakan ia belajar memendam rasa. Ia mengidap kahak dibelakang tekak dan sukar untuk mengandung. Setakat ini setelah diberi natrum mur, saya dapati dan ini telah diakui oleh suaminya, pesakitsaya ini sudah hilang kerut didahi, dan kelihatan berseri dan kahak dibelakang tekak sudahpuntiada.Tempuh rawatannya adalah dua bulan.Ia kelihatan tenang dan wajahanay mencerminkanjiwa yang tidak terbeban dennag masaalah. Ia seornag guru dan saya telah diberthau prestasikerjanya yang memang baik telah bertambah cemerlang. Penawar staphisagria juga memendam rasa akan tetapi pendam rasa staph agak berbeza.Selalunya ia timbul dikalangan isteri atau anak atau pekerja yang mempunyai suami atauibu/ayah , atau majikan yang garang.Si mangsa geram didalam dan bertindak secara mogok atausekali sekala terlepas geram. Seorang iseri yang sering megindap miraine telah pulih daripenyakit yang telah timbul bebrapa bulan setelah ia berkahwin. Semasa saya merwatnya saytelah bertanya, apakah persaan anda tentang perkahwinan anda. Ia menjwab, saya terasaterparangkap tanpa jalan keluar! Suaminya kasar dan berang dan sering meluahkan perkataanperkataan yang kesat dan siisteri cuma berdiam diri bila dimarah. malahan didepan saya punsuaminya memarahi isteri nya dengan cara yang garang. Agak anih kes ini sebab sisiteri belajarbagaimana untuk meredai marah suami bila ia mula dapat meluahkan persaannya yang telahlama berbuku. Ia sering mogok dan buat kerja rumah tak betul dan ini menyebabkan sisuamiberrtambah marah. Setelah dirawat, hilang perangai mogok, bila suami marah , ia boleh balasdengan lembut dan lama kelamaan suami dapat ubah cara marahnya sebab mereka adalahpasangan yang faham Islam dan inginkan penyelesaian.. Watak Ignatia pula dirundung sedih.Jiwa halusnya sering menerima nasib yang malang Ignatiaakan jauh cinta dengan orang yang mustahil berkahwin dengannya dan akan menangis denganmudah dan hiba sekali. Akan selalu mengeluh. Memberi Ignatia kepada watak yang rindu orangyang jauh akan meguatkan jwanya dan akan memulih jiwa Ignatia! Demikian sedikit sebanyak profile psaikologi beberapa penawar. Saya sendiri amat gemar mengakaji watak pesakit saya dan amat gembira apabila wajah murungdan tak bermaya betukar menjadi berupaya dan tenang setelah dirawat dengan penawar yangtepat. Diantara kesan penawar yang sesuai ialah pemulihan `emotional intelligence' pesakit. Umpamanya seorang yang EQ( Emotinal Quotient) nya tinggi akan pandai mengatur kerja supaya kerja yang paling dibenci dibuat dahulu dan yang paling disukai dibuat kemudian. Anak saya sendiritelah kehilangan tata kerja yang sedemikan akan tetapi pulih sendiri setelah diberi penawarhomeopathy yang sesuai dengan jiwanya. Penwar homeopathi bukanlah `cure all' dan maksud saya disini ialah setelah kita berusahadengan daya upaya, dengan tarbiyyah dan dengan kefahaman untuk mengubah, masih ada yangtidak dapat di ubah maka ada kemungkinanan Allah dengan segala rahmatnya telah mengajarmanusia system rawatan yang berbentuk `spiritlike' yang boleh merawat yang jiwa yang sakit.. Hasil nukilan Dr Suriya Osman .rujukan: Philip Bailey..Psychology of Homeopathic Remedies. C Whitmont, Psyche and Substance (homeopathic remedies in the light of Jungain psychology) !8 Penawar Homeopati1.Aconitum Napellus.(Aconite)Ini adalah penawar utama untuk kes terperanjat. Juga untuk demam yang datang dengan tiba tiba.Gejala demam yang memerlukan aconite ialah panas, kering, haus , gelisah.Pesakit yang memerlukan Aconite berkeadaan gelisah dan takut. Kadangkala terasa dirinya akan mati dan juga takut mati.Aconite berguna untuk radang peringkat permulaan dan jarang digunakan untuk kes yang sudah lama dan sudah bernanah. Radang di mana-mana saja berbentuk merah , sakit dan bengkak.2.Allium Cepa.(bawang merah)Penawar ini adalah penawar untuk peringkat permulaan selsema, dan gejala selsema yang memerlukan allium cepa ialah selsema yang berserta hingus cair yang memerahkan tepi hidung dan ruang kulit bawah hidung serta mata juga merah dan berair, dan tekak kering dan perit.Oleh kerana bawang merah menyebabkan mata dan hidung berair, ia kerap digunakan untukselsema dan bersin yang timbul dari alahan (hayfever)Gejala penyakit yang ia boleh merawat ialah hingus yang cair dan meyebabkan pedih hidung.Pesakit terasa rimas dibilik yang panas dan lebih suka berada di luar atau di bilik yang sejuk.3.Apis mellifilica (honey bee)Penawar ini sering digunakan untuk gigitan serangga yang berbentuk merah dan keras serta sakit.Juga bila ada kes urticaria atau yang disebut kelopak garam, bila mana sakitnya lega dengan dikenakan air dan pesakit terasa panas dan suka mandi ia akan meredakannya.Apis adalah di antara penawar psaikologi untuk orang cemburu.Kes yang memerlukan apis kerap kali tidak mengalami dahaga,kecuali kes demam yang memerlukan apis. Apis juga adalah di antara penawar utama untuk kes radang buah pinggang di mana pesakit tersangat sembab terutama di kawasan muka di mana kelihatan sembabnya di bawah mata.4.Arnica (mountain daisy):Ini adalah penawar utama di dalam kes kecederaan atau luka sebagai rawatan cemas. Ia bergunadi dalam kes pendarahan yang membawa kepada kurang pengaliran darah keotak (shock) dan juga kecederaan yang menyebabkan lebam. Ia boleh mengurangkan rasa sakit dari kecederaan dan mempercepatkan prosess penyembuhan.Sama ada anda mengalami sengal sengal atau kecederaan selepas bersenam atau bersukan, Arnica boleh menolong menyembuhkannya.Arnica sering digunakan bersama aconite di dalam kes kecederaan terhasil dari kemalangan yang melibatkan trauma kepada badan dan juga keadaan terperanjat emosi.5.BelladonnaGejala utama bell adalah panas, merah, kering dan kerap terperanjat. Sakit kepala bell berdenyut denyut dan melarat bila berjalan atau bergerak. Kanak-kanak yang demam bell akan tersentak semasa tidur bezanya dengan Aconite, sering yang memerlukan bell tidak haus.kes kanak kanak demam yang senang mendapat sawan tarik (febrile fit) kerap kali dapat disembuhkan dengan bell.6.BryoniaBila selsema bermula dengan hidung berhingus dan bergerak ke dada, Bryonia sering di perlukan, terutama, bila batuknya kering dan melarat bila bergerak. Sakit apabila menarik nafas dan bergerak pun sakit . Kanak-kanak akan cuba duduk sediam yang mungkin. Kanak-kanak ini tidak suka bilik panas dan batuk akan melarat di bilik panas serta selepas makan dan minum. Tekak mungkin terasa gatal dan in juga menyebabkan batuk. Batuk mungkin diiringi dengan perasaan loya dan semasa batuk, mungkin kepala akan terasa sakit.Ciri penting bryonia ialah melarat bila bergerak dan haus, meminum air banyak.Sering digunakan pada bengak sendi yang mempunyai ciri sakit bila bergerak. Kes bryonia suka duduk diam dan tidak mahu bergerak sebab pergerakan adalah sakit7. Chamomilla (chamomille):Ramai ibubapa mendapat keselesaan tidur malam dengan kegunaan penawar ini ! Chamomilla adalah penawar utama untuk kanak kanak yang meragam di waktu malam, terutama yang kembung atau sedang tumbuh gigi.Kanak-kanak yang menangis tanpa sebab dan perlu didukung, dan akan menangis semula sebaik saja diletak memerlukan chamomilla.8. Ferrum phosDemam ferrum phos terjadi dengan beransur dan tidak serta-merta pada kanak-kanak yang berwatak lemah longlai. Kaki tangan nya sejuk tetapi kepalanya panas. Boleh digunakan secara rutin di dalam kesemua kes selesema yang di peringkat hingus meleleh. Penawar ini digunakan dengan fahaman biochemic untuk demam. Sesuai diulang jika dibancuhkan sebiji dengan potensi 6c atau 12c dan diberikan setiap setengah jam.sehingga mendapat tindak balas.9.Hypericum (St. John's wort):Penawar ini adalah yang pertama perlu difikirkan apabila urat saraf terlibat di dalamkecederaan.Mana-mana kecederaan yang mengalami sakit yang mencucuk (shooting pains).Kawasan yang cedera yang mengandungi banyak urat saraf termasuklah, jari dan jari kaki ,dantulang belakang.. Kalau jari tersepit pintu, inilah penawarnya! 10.Ignatia (St. Ignatius bean):Suatu hari kelak, mungkin penawar ini digunakan oleh sebilangan pakar psikiatrik. Ia adalahpenawar yang terkemuka untuk kedaan duka yang datang mendadak seperti kematian , perpisahan, kerisauan dan gundah gulana. Gejala pesakit ialah ia mudah mengeluh dan mungkin terasa sesuatu terlekat dikerongkong dan kadangkala mengiggil.11.LedumLedum digunakan untuk luka yang mencucuk atau menikam seperti tercucuk paku, jarum atau benda tajam yang lainnya.Luka dari paku karat yang besar dan panjang memerlukan rawatan doktor akan tetapi tiada salahnya kalau diberi ledum juga. Adakalanya ledum juga berkesan untuk gigitan serangga.12.Magnesia phosphorica (phosphate of magnesia):Penawar ini adalah yang sangat berkesan untuk penyakit kijang (cramps), termasuk senggugut.Gejala yang dialami adalah pesakit perlu bongkokkan badan kedepan dan terasa lega denganmenuam benda panas ke kawasan yang sakit.13. Nux vomica (poison nut):Ini adalah penawar utama bagi penyakit yang timbul dari ubat-ubatan (kesan sampingan drugs)termasuklah kesan sampingan memakan terlalu banyak rempah, maajun atau jamu.Gejala Nux Vom termasuklah, terasa terlalu peka kepada bau-bauan dan bunyi bising , letih belajar, pedih perut dan sembelit, tak tahan angin sejuk Selalu nya orang yang ,memerlukan Nux Vom termasuk kategori baran ( irritable).14.Nat murKanak kanak yang memerlukan nat mur pendek dan kurang berat badan, selalu panas, senang merajuk dan sukar dipujuk dan suka makan masin.Selsema nat mur cair dan meleleh.Muka remaja yang memerlukan nat mur berminyak dan berjerawat. Selalu terasa panas, sama ada terlalu sukar untuk menitiskan air mate atau terlalu mudah.Wanita nat mur pula memendam perasaan, kelihatan tenang dan menyimpan perasaan .Watak nat mur sukar diselami sebab tidak suka bercerita tentang diri sendiri.Penawar ini berwatak penyedih15.PhosphorusKanak-kanak yang memerlukan penawar ini mengidap batuk yang kering dan berbunyi kuat serta mengidap sakit di bahagian dada. Batuk bertambah teruk apabila berbaring, terutama bila berbaring ke sebelah kanan. Mereka berjaga malam dan perlu bangun dan duduk untuk melegakan batuk. Batuk juga bertambah semasa bercakap, bergerak, berpindah dari bilik panas ke bilik sejuk sepertimana berpindah masuk ke dalam kereta berhawa dingin. Untuk melegakan sakit dada, kadang kala mereka meletakkan tangan ke dada. Berselimut melegakan perasaan ketat di dada.Mereka suka air sejuk, atau air batu. Batuknya menyebabkan terasa lemah dan letih. Kadang kala lendir atau hingus berdarah dan suara menjadi serak. Seringkali saya mengunakan penawar ini berdasarkan bentuk badan dan watak. Watak phosphorus adalah penakut, takut gelap, takut petir, sensitif, suka berkawan, badan kurus dan tinggi. Amat berguna untuk batuk lelah bilamana gejalanya bersamaan dengan penawar ini. 16..Pulsatilla (windflower):Barangakali Pulsatilla adalah penawar yang paling kerap diberi kepada kanak-kanak dan wanita oleh kerana ciri-ciri tertentu penawar ini.Ia sesuai untuk kanak kanak yang selalu panas tetapi tidak tahan terlalu sejuk, wanita yang bolehpengsan kalau pakai tudung terlalu tebal, senang menangis, manja tetapi kadangkala garang,kanak-kanak yang melekat dekat maknya. keadaan emosi nya berubah dengan cepat tetapi ia ingin membuat yang disukai orang.Kanak-kanak yang sering menangis dan mahu didokong tetapi berbeza dengan chamomilla, kanakkanak ini menangis manja sedangkan chamomilla menangis kemarahan! Kerap kali pesakit pulsatilla tidak suka makan dan tidak juga haus. 17. Rhus tox (poison ivy):Penawar ini adalah yang paling kerap digunakan untuk terkehel otot. Bila ia mula bergerak,pergerakan itu sakit, tetapi bila ia terus bergerak terasa lega pula.Juga orang yang akan mengalami demam atau lengoh sendi ketika hujan. pada waktu malam, ia mengalami sengal otot yang menyebabkan ia perlu kerap bertukar posisi.18.StaphisagriaPenawar staphisagria juga memendam rasa akan tetapi pendam rasa staph agak berbeza. Selalunya ia timbul di kalangan isteri atau anak atau pekerja yang mempunyai suami atau ibu/ayah , atau majikan yang garang. Si mangsa geram di dalam dan bertindak secara mogok atau sekali sekala terlepas geram. Seorang iseri yang sering megidap migraine telah pulih dari penyakit yang telah timbul beberapa bulan setelah ia berkahwin. Semasa saya merawatnya saya telah bertanya, apakah perasaan anda tentang perkahwinan anda. Ia menjawab, saya terasa terparangkap tanpa jalan keluar! Suaminya kasar dan berang dan sering meluahkan perkataan perkataan yang kesat dan siisteri cuma berdiam diri bila dimarah. malahan di depan saya pun suaminya memarahi isteri nya dengan cara yang garang. Agak anih kes ini sebab siisteri belajar bagaimana untuk meredai marah suami bila ia mula dapat meluahkan persaannya yang telah lama berbuku. Ia sering mogok dan buat kerja rumah tak betul dan ini menyebabkan sisuami bertambah marah. Setelah dirawat, hilang perangai mogok, bila suami marah , ia boleh balas dengan lembut dan lama kelamaan suami dapat ubah cara marahnya sebab mereka adalah pasangan yang faham Islam dan inginkan penyelesaian.Untuk keterangan lanjut sila berhubung denganDr Suriya Osman, Klinik TaqwaMT663, Masjid Tanah , Melaka tel 06 3842200