Khamis, 13 Ogos 2009

Dr.Dali Muin

Dr. Dali Muin adalah salah seorang daripada 12 orang sahabat yang mula-mula belajar homeopati dengan Dr. Burhanuddin dan dianggap barisan pelopor. Sejak mula belajar pada tahun 1952, beliau aktif dalam memperkembangkan perubatan homoeopati. Pada asalnya beliau membuka praktik homeopati di Perak tetapi kemudian berpindah ke Kuala Lumpur. Para pengikut homeopati menerima baik kehadiran beliau. Justeru, beliau telah dilantik sebagai presiden Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (Malaysian Homoeopathic Medical Association) atau PPHM pada 1982.
Kepimpinan beliau agak berbeza daripada kedua tokoh presiden yang terawal. Beliau banyak membantu dalam menyediakan sebuah hospital mini homeopati yang mempunyai sedikit kemudahan asas bagi rawatan sakit puan. Beliau bertanggungjawab dalam menstruktur semula modul pengajaran homeopati dan menambahkan bilangan lulusan homeopati. Selain itu, beliau turut menyaran serta membantu menerbitkan bulletin homeopati bagi pihak persatuan.
Berpandukan sebuah jurnal homeopati, beliau kembali ke rahmatuLlah pada 21hb April 1992, yakni pada usia 57 tahun. Pada waktu beliau meninggal, beliau masih memegang jawatan presiden persatuan. Iaitu jawatan yang dipegangnya selama sepuluh tahun.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih ulasan anda,saya akan berusaha membalas setiap ulasan dengan kemampuaan tenaga dan fikiran yang sebatas.