Khamis, 13 Ogos 2009

Belajar Perubatan Homeopati 1

PENDAHULUAN
Homeopati sebenarnya merupakan salah satu bidang perubatan yang semakin dikenali dinegara kita. Pengubatan yang menggunakan prinsip Similia Similibus Curentur Let Like Be Cured With Like ini sangat masyhur di Eropah dan India.
Homeopati mula diamalkan di negara kita sejak zaman lepas perang dunia ke dua lagi. Tentera India di bawah pihak British mempunyai pakar homeopati mereka sendiri yang dibawa khas dari India. Anak Malaysia yang paling awal mengamalkan perubatan ini ialah Dr. Burhanuddin Helmi. Kini, terdapat ratusan klinik homeopati di negara ini dan penerimaan masyarakat adalah menggalakan.Walaupun tidak semaju India dan Perancis, kemajuan homeopati di sini sangat membanggakan. India, misalnya mampu mengadakan khidmat pembedahan tetapi kita di Malaysia belum tiba ketahap itu. Kegiatan P&P di Perancis pula boleh dikatakan yang terbaik di dunia. Malangnya di Malaysia, homeopati tidak berpeluang mendapat peruntukan untuk menjalankan sebarang kajian. Kerajaan belum mengiktiraf homeopati dan masih menganggapnya sebagai satu perubatan tradisional. Pada hakikatnya homeopati adalah satu seni dan juga satu sains, dan ia telah terbukti. "Homeopati bukan perubatan tradisional tetapi cabang perubatan konvensional, tambahan lagi, pengasas homeopati, Dr. Hahnemann, merupakan seorang doktor biasa".( Dr.Osman Mahwan )

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih ulasan anda,saya akan berusaha membalas setiap ulasan dengan kemampuaan tenaga dan fikiran yang sebatas.