Khamis, 13 Ogos 2009

Kursus Homeopati Menguntungkan

Kursus Homeopathy untuk Rawatan Di rumah Walaupun ramai yang mengetahui wujudnya rawatan Homeopathy, tidak ramai yang tahu asas-asasnya dan bahawa ianya boleh diamalkan untuk merawat penyakit-penyakit ringan di rumah dengan berkesan.Rawatan Homeopathy di rumah amat popular di kalangan masyarakat Barat yang menghadiri kursus-kursus pendek yang memberi pengenalan tentang rawatan-rawatan untuk penyakit yang sering dialami oleh anggota keluarga di rumah.Homeopathy adalah sistem rawatan yang telah diasaskan oleh Samuel Hahnemann seorang Doktor perubatan bangsa Jerman pada tahun 1790 setelah ia melakukan berbagai kajian sendiri . Samuel Hahnemann yang begitu kecewa dengan cara perubatan yang wujud pada zamannya dan menganggapkannya sebagai tidak berhasil, malahan kadangkala memudharatkan pesakit telah menulis sebuah buku perubatan berdasarkan penemuannya yang masih menjadi asas kepada pengamal homeopathy pada masa kini. Penemuannya tentang kaedah rawatan `simila similibus curentur ‘ adalah hasil dari kajian yang di lakukan keatas dirinya sendiri dengan kayu dari kulit pokok Cinchona yang telah dikenali boleh mengurangkan/mencegah penyakit Malaria. Hahnemann ingin mengetahui bagaimana Cinchona boleh menjadi penawar untuk Malaria. Beliau telah memakan kulit cinchona ini dengan kadar yang sedikit tetapi berpanjangan.. Beliau membuat demikian sebab setelah membaca didalam sebuah `materia medica’ (bahan bacaan tentang ubatan) bahawa jika terlalu menggunakan cinchona ia boleh menyebabkan penyakit demam seakan Malaria! Kajiannya telah menyebabkan Hahnemann demam dan gejala demam nya telah di rekodkan dengan begitu teliti sesuai dengan jiwa `meticulous’ yang di milkinya. Kemudianya ia telah menjalankan ujian kaji keatas 300 jenis penawar menggunakan kaedah ini. Dan hasil dari ini , prinsip asas dan materia medica homeopathy yang pertama, ia itu `Materia Medica Pura’ di terbitkan.Prinsip asas yang telah diumumkan adalah “Penawar , jika diberikan didalam dos yang kecil akan menyembuhkan gejala penyakit yang penawar yang sama boleh timbulkan oleh individu yang sihat jika diambil dengan dos yang besar.”Suatu contoh ialah Allium Cepa atau Bawang Merah. Semua orang tahu yang mengupas dan memotong bawang merah boleh menyebabkan perit tekak dan pedih mata serta air mata meleleh dan hingus cair pun meleleh beserta dengan hidung terasa pedih. Di dalam materia medica homeopathy , penawar ini , boleh menyembuhkan seorang yang mengidap selsema pada peringkat awal dimana gejalanya adalah perit tekak, pedih mata dan air mata meleleh serta hidung pedih. Jika awal selsema itu tidak mempunyai gejala yang sama maka penawar untuk selsema itu bukan Allium Cepa tetapi penawar lain yang mempunyai gejala yang sama! Sesiapa yang masih belum memahami konsep perubatan homeopathy hanya perlu mencubanya sendiri dengan memastikan yang ubat yang diambil betul-betul mempunyai persamaan dengan penyakit yang diidap nescaya sudah tidak perlu lagi meraguinya! Yang sama menyembuh yang sama! Prinsip asas Homepathy yang telah mencetuskan sebuah revolusi didalam dunia perubatan! Pada tahun 1810, Hahnemann menerbitkan buku asas nya The Organon of Medicine yang dengan terang dan jelas menerangi kesemua prinsip rawatan Homeopathy. Dr. Hahnemann mula mempraktikkan rawatan secara Homeopathy dan berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit kronik yang sebelum itu tidak dapat dirawat. Beliau mendapat ramai pengikut dari kalangan Doktor semasa tetapi pada masa yang sama juga beliau menerima tentangan yang hebat dari kalangan para doktor.Di akhir hayatnya Homeopathy sudah begitu terkenal di Eropah, khususnya di Jerman dan di France.Homeopathy terus berkembang ke England dan seterusnya ke Amerika Syarikat dimana ia mulai di popularkan oleh anak murid Hahneman sendiri ia itu Dr. Hering dan selepasnya Dr. JT Kent. Homepathy kemudian berkembang subur di benua India dimana hingga kini pengamal Homeopathy yang paling hebat adalah yang dari India.Seketika, Homeopathy sama hebatnya dengan perubatan Allopathy tetapi dikalahkan bukan di medan rawatan tetapi di medan politik kompani ubat! Kini Homeopathy sedang menikmati kebangkitan semula dengan kegagalan sistem perubatan ortodox untuk menyelasaikan banyak dari masalah penyakit. Homeopathy di perkenalkan di Malaysia di tahun 60’an oleh Allahyarham Dr. Burhanuddin Helmy yang juga diantara pengasas parti PAS. Saya yakin dengan memahami cara rawatan homeopathy sendiri , ramai pesakit dan bakal perawat akan dapat memahami dengan lebih jelas perjalanan penyakit serta akan belajar mengenali diri dan keluargnya sebab Homeopathy menuntut supaya setiap individu yang ingin dirawat di teliti dan di faham jiwanya luar dalam.
KURSUS PENGENALAN HOMEOPATI
Dr. Suriya Osman MBBCh, MDHom, FKHom
Klinik Taqwa, Melaka.
(DrH Robert Garatam boleh membantu untuk pelajar dari sabah)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih ulasan anda,saya akan berusaha membalas setiap ulasan dengan kemampuaan tenaga dan fikiran yang sebatas.