Ahad, 9 Oktober 2011

Adakah bajet untuk Perubatan Homeopati

Saya harap PM meluluskan segera peruntukan khas Membangun dan memajukan Perubatan Homeopati di Malaysia, seperti ianya diiktiraf di negara-negara maju. Terima kasih Malaysia.

Selasa, 10 Mei 2011

Terapi menghilangkan angin dalam badan.

Pentingnya menjaga kesihatan badan. Jangan sayangkan wang kerana penyakit dalaman anda. Homeopati sentiasa membantu yang memerlukan bantuan. Hubungi Dr. Robert Garatam, smk.Tandek Kota Marudu...mana lah tahu kita boleh membantu yang susah...tq

Isnin, 13 Disember 2010

Presiden MPHM sessi 2010-2012

Presiden Majlis Perubatan Homeopathy Malaysia
(Malaysian Homeopathic Medical Council)
(Register No. 1168 )

Dr (H) Zainul Azmi B.Ahmad
HP: 012-6358659

E-mail: zainul59@@yahoo.com

14-1G, Jalan AU 1A/4F
Keramat Permai Business,
54200 Kuala Lumpur

Email:homeppathymphm@yahoo.com
Fax: 03-41067170


Sesiapa yang berminat melanjutkan dalam bidang Sains Homeopathy (Dr)
boleh menghubungi beliau presiden kita. Terima kasih.

Selasa, 27 Oktober 2009

Tulisan Mr.Majaron (Tekanan Darah Tinggi & Kencing Manis

Tekanan Darah Tinggi
Tekanan darah tinggi adalah satu keadaan di mana darah sukar dihantar ke seluruh badan. Kesukaran pergerakan darah melalui saluran darah ini adalah disebabkan oleh laluannya itu telah menjadi sempit. Saluran darah menjadi sempit apabila kolesterol dari lemak-lemah haiwan yang terdapat dalam daging yang dimakan terenap sedikit-demi sedikit. Fenomena ini boleh dibayangkan dalam paip air di rumah. Saluran paip yang besar membenarkan air mengalir dengan mudah dan cepat. Tapi saluran paip yang kecil memperlambatkan pergerakan air. Pergerakan air menjadi semakin lambat lagi sekiranya paip air itu mengumpul enapan lumpur.
Jantung berfungsi sebagai pam darah. Darah dipam ke seluruh badan oleh jantung. Sekiranya saluran darah sempit (ada enapan kolesterol) fungsi jantung sebagai pam terganggu. Bayangkan pam air yang sedang mengepam, tiba-tiba saluran paip tersumbat. Apa akan jadi pada pam air? sudah tentunya akan rosak. Begitu juga dengan jantung. Jantung akan menjadi sakit sekiranya ia dipaksa untuk mengepam darah ke seluruh badan. Jantung dipaksa mengepam darah apabila saluran darah menjadi sempit kerana dipenuhi kolesterol.
Pesakit jantung sangat sensitif terhadap kejutan. Satu kejutan boleh menyebabkan kematian. Pesakit jantung yang terkejut menyebabkan jantungnya berdegup dengan lebih kencang lagi. Dalam keadaan saluran darah sempit, jantung dipaksa mengepam darah pada kadar yang lebih laju daripada biasa. Ini menyebabkan berlakunya kepecahan kapilari darah. Ini sangat bahaya sekiranya kapilari darah yang pecah itu berada dalam otak. Selain daripada itu, kesan lain ialah jantung terasa sakit kerana terpaksa mengepam.
Sakit jantung boleh disebabkan oleh penggunaan garam yang berlebihan. Garam yang berlebihan menyebabkan bendalir dalam darah lebih pekat dari biasa. Dalam keadaan pekat, lebih banyak air yang diserap kerana wujudnya cerun kepekatan. Pengambilan air yang lebih banyak menyebabkan saluran darah menjadi sempit. Fenomena ini juga dikenali sebagai darah tinggi. Penyebab lain yang tidak berapa diketahui ramai ialah tidur lewat.
Posted by MMsakoma at 7:52 AM 0 comments Links to this post
Labels: Tekanan Darah Tinggi
if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-2321108140145057740")); }
Penyakit Kencing Manis
PendahuluanPenyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, Hindu, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua semenjak abad ke lima lagi.Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Pada tahun 1897, dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glokos dalam darah.Apakah InsulinInsulin merupakan sejenis hormon yang dihasilkan oleh sel kelenjar pankreas yang dikenali sebagai Langerhans islets (kepulauan kecil). Insulin bertugas untuk menceranakan glukos dan bertindak membenarkan glukos dalam darah menembusi dinding sel.Apa itu kencing manis (Diabetes mellitus)Kencing manis atau diabetes mellitus merupakan keadaan di mana terdapat glukos di dalam air kencing seseorang. Ini disebabkan glukos (gula) dalam darah tidak dapat diceranakan oleh badan disebabkan oleh sama ada kekurangan penghasilan insulin, kurang keberkesanan isulin, atau kedua-duanya sekali. Glukos yang berlebihan itu akan dikeluarkan bersama air kencing. Kencing manis boleh menyebabkan masalah lain dan kematian, bagaimanapun pengidap kencing manis boleh mengambil langkah-langkah untuk mengawal atau mengurangkan risiko masalah sampingan.Malaysia telah dikelaskan sebagai sebagai negara keempat tertinggi di Asia yang mempunyai penghidap kencing manis. Berdasarkan perangkaan Institut Diabetes Antarabangsa, pesakit kencing manis di Malaysia juga dijangka meningkat daripada 800,000 orang pada tahun lepas kepada 1.3 juta orang menjelang tahun 2010. Memandangkan jumlah pengidap kencing manis sentiasa bertambah saban tahun, amatlah perlu bagi rakyat Malaysia untuk mengubah tabiat permakanan agar kencing manis dapat dibendung. Ini termasuk diri anda sendiri.Jenis-jenis kencing manis (Diabetes mellitus)Kencing manis boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu :-Diabetes bersandar insulin - jenis pertama (Type 1 diabetes)Diabetes jenis pertama (Type 1 diabetes) juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent' ) atau diabetes awal remaja. Pengidap diabetes bersandar insulin boleh hidup seperti normal selagi mereka menerima suntikan insulin, tetapi mereka akan menerima maut sekiranya mereka tidak mendapat suntikan insulin dalam tempoh yang agak singkat. Ini adalah disebabkan penguraian bahan tenaga lain oleh badan seperti lemak, yang menghasilkan bahan sampingan seperti ketones yang menyebabkan keadaan hiperglisemia (hyperglycemia). Ketones merupakan molekul asid yang mampu menyebabkan kegagalan metabolisma dan sel badan gagal berfungsi. Keadaan ini sekiranya berlarutan akan mengakibatkan pengidap kencing manis menjadi koma dan menemui maut sekiranya tidak dirawat.Diabetes jenis pertama ini terbentuk apabila sistem imunisasi badan memusnahkan sel beta kelenjar pankreas, satu-satunya jenis sel yang menghasilkan hormon insulin yang digunakan untuk penghadaman glukos kepada tenaga. Diabetes ini sering didapati pada golongan kanak-kanak dan remaja yang memerlukan beberapa suntikan insulin setiap hari, atau menggunakan pam insulin, untuk terus hidup. 5% hingga 10% pengidap diabetes merupakan dari jenis kencing manis jenis I. Mereka yang berisiko mengidap kencing manis jenis I adalah serangan sistem imunisasi sendiri (autoimmune), genetik, dan alam sekeliling.Diabetes bersandar insulin lebih kerap dikesan di masyarakat Barat. Ini mungkin disebabkan oleh genetik, kesedaran yang lebih luas dikalangan masyarakat barat, atau kurang kesedaran dikalangan masyarakat Asia mengenai penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak. Lambat mendapatkan rawatan bagi diabetes bersandar insulin boleh membawa maut, oleh itu sekiranya diabetes bersandar insulin tidak dikesan dengan lebih awal, pengidap diabetes tidak berpeluang untuk dirawat. Bagaimanapun peningkatan kes diabetes dikalangan masyarakat Asia mungkin sebahagiannya disebabkan oleh peningkatan kesedaran mengenai penyakit diabetes dikalangan umum. Ini menyebabkan lebih ramai orang sempat mendapatkan rawatan di hospital.Pengidap diabetes bersandar insulin perlu disuntik sebelum makan dan kadang-kala insulin tambahan perlu disuntik pada waktu malam sebelum tidur. Ibu bapa hendaklah menyimpan rekod bacaan paras gula anak mereka untuk perhatian dan tindakan susulan daripada doktor dan pakar pemakanan. Paras gula yang direkodkan itu amat penting untuk membolehkan doktor mengubah suai pemakanan kanak-kanak terbabit dan mengubah dos insulin. Ini disebabkan kekurangan dan lebihan paras gula dalam darah boleh meninggalkan kesan buruk dan pelbagai gejala kepada pesakit diabetes.Bagaimanapun sekiranya terlalu banyak insulin diambil atau disuntik, keadaan sebalinnya mungkin berlaku. Keadaan ini yang dikenali sebagai hipoglisemia disebabkan kekurangan glukos dalam darah dan boleh diatasi dengan mudah dengan pengambilan makanan atau minuman yang bergula.Diabetes bebas insulin - jenis kedua. (Type II diabetes)Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga dikenali sebagai diabetes peringkat permulaan dewasa. 90% hingga 95% daripada pengidap kencing manis mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya bermula dengan ketahanan insulin, dimana badan tidak menggunakan insulin dengan berkesan. Apabila keperluan menggunakan insulin meningkat, kelenjar pankreas tidak lagi mampu mengeluarkan insulin pada kadar mencukupi. Diabetes bebas insulin (jenis kedua) biasanya berlaku seiring dengan faktor usia lanjut, gemuk (obesity), keturunan, terencat ketahanan glukos, kurang bersenam, dan bangsa (genetik). Diabetes bebas insulin (jenis kedua) juga semakin meningkat dikalangan kanak-kanak dan golongan remaja.Diabetes ketika Hamil (Gestational diabetes)Diabetes ketika hamil merupakan sejenis alahan glukos yang dikenal pasti pada sebahagian wanita ketika mengandung. Diabetes ketika hamil sering didapati di kalangan orang Amerika keturunan Afrika, Hispanik/Latin, dan Red Indian. Diabetes ketika hamil juga biasa didapati dikalangan wanita kuat makan, atau wanita yang dari keturunan pengidap diabetes. Ketika mengandung, diabetes ketika hamil memerlukan rawatan untuk menurunkan paras gula dalam darah agar tidak memberi kesan kepada kandungan. Selepas mengandung, kebanyakan wanita 90% hingga 95% didapati pulih kembali. Sebahagian kecil pula antara 5% hingga 10% didapati mengidap diabetes bebas insulin (jenis kedua). Wanita yang mengalami diabetes ketika hamil mempunyai risiko 20% hingga 50% untuk mengidap diabetes dalam tempoh 5 hingga 10 tahun.Diabetes bentuk lainTerdapat diabetes yang disebabkan oleh faktor genetik (peringkat permulaan dewasa), pembedahan, dadah, kurang zat permakanan, jangkitan, dan penyakit lain. Diebetes bentuk lain membentuk 1% hingga 5% daripada semua penyakit kencing manis yang dikenal pasti.Apakah tanda-tandanya?Tanda-tanda kencing manis adalah seperti berikut :-Sering dahaga dan sering perlu minum air.Sering ketandas.Terasa badan lemah.Berat badan turun dengan cepat.Penglihatan semakin kabur.Terasa pening kepala. Kadang-kala pengidap kencing manis tidak menunjukkan sebarang tanda. Hanya dengan pemeriksaan doktor dapat menunjukkan dan mengesan kencing manis pada peringkat awal. Bagi mereka yang berisiko tinggi, mereka perlu menjalani pemeriksaan untuk mengesan kencing manis sekali setiap tahun.Masalah sekiranya Kencing Manis tidak dikawal.Sekiranya penyakit kencing manis tidak dikawal dalam tempoh yang berlanjutan pengidap kencing manis akan sentiasa mempunyai kadar gula yang tinggi didalam darahnya. Kadar gula tinggi yang berterusan akan mendatangkan banyak perubahan pada bahagian saluran darah dan juga urat (nerve). Perubahan-perubahan ini pula boleh mendatangkan penyakit lain seperti:-Hujung kaki tangan menjadi sebal, hilang deria sentuh, disebabkan oleh kerosakan urat/nerve.Gatal-gatal badan yang disebabkan kerosakan urat/nerve.Kurang daya syahwat bagi kaum lelaki yang disebabkan kerosakan urat/nerve dan saluran darah.Sering kencing malam disebabkan buah pinggang gagal mengitar air seperti biasa. Ini mengakibatkan pundi kencing penuh dengan lebih cepat.Kegagalan fungsi buah pinggang. Ini disebabkan oleh kerosakan saluran darah dan ginjal disebabkan kandungan gula yang tinggi terlalu lama.Sakit jantung disebabkan kerosakan saluran darah.Serangan angin akhmar disebabkan kerosakan saluran darah.Buta disebabkan kerosakan mata. Kanta mata menjadi kurang kenyal disebabkan kandungan gula yang tinggi. Bagaimanapun sekiranya pengidap kencing manis mengambil langkah yang sewajarnya, kadar gula dalam darah boleh dikawal dan pengidap kencing manis dapat hidup seperti orang lain. Makanan yang seimbang perlu dikawal seumur hidup disebabkan penyakit kencing manis masih belum dapat dipulihkan sepenuhnya.Golongan berisiko tinggi.Mereka yang dikelaskan dalam kumpulan risiko lebih tinggi adalah :- Mereka yang mempunyai keturunan yang mengidap Kencing Manis (Ibu bapa, adik-beradik) Mereka yang berat badan agak tinggi Mereka yang pernah mempunyai radang pada Pancreas Wanita mengandung yang pernah menghadapi kencing manis ketika hamil.Bagaimanapun penyakit kencing manis mampu menyerang sesiapa juga pada semua peringkat umur sekiranya permakanan dan minuman tidak dijaga.Mengesan kencing manisKencing Manis dapat dikesan dengan ujian air kencing atau ujian darah. Ujian darah amat mudah digunakan dan dapat mengukur kadar gula dalam darah dengan tempoh beberapa minit sahaja. Selain itu terdapat ujian daya tahan glukos dimana pesakit akan disuruh meminum minuman bergula dan mereka diuji untuk memastikan peningkatan kadar glukos. Selain itu ujian puasa glukos di mana mereka yang diuji akan dilarang makan atau minum semalaman sebelum mereka diuji untuk menentukan kadar glukos mereka.Masalah pengidap Kencing ManisPengidap kencing manis yang bergantung kepada suntikan insulin berhadapan dengan beberapa masalah untuk mengawal kadar gula dalam darah, antaranya adalah :-Kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia. Ini mungkin disebabkan terlebih mengambil insulinLebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia. Ini mungkin disebabkan oleh tidak mengambil insulin.Tanda-tanda kekurangan paras gula di dalam darah atau hipoglisemia ialah:Cemas.Berdebar-debar.Berpeluh.Menggeletar.Terasa lapar.Terkeliru.Penglihatan kabur.Pening lalat.Tidak sedarkan diri.Tanda-tanda lebihan paras gula di dalam darah atau hiperglisemia ialah:Sering membuang air kecil, terutama pada sebelah malam.Kerap terasa haus.Muntah-muntah.Badan semakin kurus.Koma.Sukar bernafas.Sakit perut.Penyakit diabetes dikalangan kanak-kanak kadang-kala sembuh secara spontan untuk sementara waktu. Keadaan ini dikenali sebagai tempoh berbulan madu "honeymoon period". Secara lazimnya, ia bertahan hanya untuk tempoh di antara enam bulan hingga beberapa tahun. Sekiranya anda atau anak anda berhadapan dengan keadaan ini, anda masih perlu menjaga pemakanan anda sebaik-baiknya kerana penyakit kencing manis boleh berulang. Secara lazimnya penyakit kencing manis tidak ada ubat dan pengidap kencing manis perlu menjaga pengambilan gula serta mengambil ubat sepanjang hayat. Hanya dalam kes pembedahan bagi menggantikan atau menanam sel kelenjar pankreas maka badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya.Masalah yang sering dihadapi ibu bapaApabila anak semakin dewasa dan mencapai usia akil baligh, mereka akan berdepan dengan krisis pemakanan. Lazimnya, keadaan ini berlaku disebabkan pengaruh kawan-kawan. Dalam menangani keadaan ini, ibu bapa perlu bijak untuk memahami keadaan anak mereka. Sebaik-baiknya dapatkan pandangan dan nasihat daripada pakar psikologi jika perlu.Dalam tempoh ini juga, ibu bapa perlu mengambil berat dan mengawasi diet anak mereka itu untuk membolehkan mereka menjalani kehidupan seperti individu normal.Datuk atau nenek juga kadangkala menimbulkan masalah kepada ibu bapa. Ini kerana, golongan itu akan memberi apa saja yang dikehendaki anak berpenyakit diabetes atas alasan kasihan.Justeru, ibu bapa hendaklah tegas dalam corak pemakanan anak mereka dan mengetepikan perasaan kasihan kepada mereka untuk memastikan paras gula di dalam tubuh tidak terus meningkat, sekali gus memendekkan tempoh masa kanak-kanak itu menjadi mangsa serangan penyakit jantung, tekanan darah tinggi strok, rosak penglihatan dan buah pinggang.PerubatanPerubatan pula terbahagi kepada beberapa jenis iaitu:Melakukan senanam dan menjaga makan minum. (lihat permakanan.)Ubat berbentuk pil yang dimakan.Suntikan.Pembedahan. (Pada masa akan datang)1. Penjagaan permakananDianggarkan di Amerika bahawa 17% pesakit kencing manis hanya perlu menjaga makan minum mereka, 49% pesakit kencing manis mengambil pil, 22% mengambil insulin sahaja dan 11% mengambil insulin dan pil. (Sumber : 1997-1999 National Health Interview Survey)2. Ubat berbentuk pilUbat berbentuk pil adalah perubatan yang paling mudah dan murah. sering digunakan dan sering menjadi pilihan pertama para doktor. Ada berbagai pil untuk merawat kencing manis pada masa ini dan cara memakannya berbeza bagi setiap pesakit dan setiap pil-pil tersebut. Oleh kerana itu, cara pemakanan pil-pil ini, kesannya dan sebagainya tidak dapat dibincang disini. Bagaimanapun untuk semua ubat pil, perlu dimakan pada waktu dan dengan sukatan yang ditetapkan. Kegagalan mengikut arahan doktor bukan sahaja boleh memburukkan keadaan malah boleh membawa maut.Pengambilan ubat juga perlu disertai dengan pengawalan pengambilan makanan dan minuman, melakukan senaman, dan mengurangkan berat badan agar lebih berkesan. Langkah-langkan ini juga mengelakkan keadaan di mana ubat yang diambil menjadi kurang berkesan dan pesakit perlu beralih pada suntikan insulin.3. SuntikanTerdapat dua jenis suntikan diabetis iaitu :-Yang pertama adalah golongan pesakit yang dikenali sebagai IDDM (insulin dependant diabetes mellitus) dimana kadar gula seseorang itu hanya dapat diturunkan dengan suntikan insulin sahaja. Pengidap kencing manis jenis ini memerlukan suntikan insulin untuk terus hidup.Yang kedua adalah bagi pesakit kencing manis yang kadar gulanya masih tidak dapat dikawal dengan sempurna walaupun dengan penjagaan pemakanan dan ubat pil yang dimakan dengan maksima.Seperti ubat pil yang dimakan, berbagai jenis ubat suntikan kencing manis boleh didapati pada masa ini. Cara suntikkan juga canggih dan mudah digunakan. Seringkali masyarakat kita merasakan berat untuk memulakan ubat dengan cara suntikan tetapi kita seharusnya pulang kembali tentang fahaman kita tentang penyakit kencing manis ini iaitu kawal kadar gula dalam darah supaya tidak timbul penyakit-penyakit lain!4. PembedahanPembedahan masih diperingkat penyelidikan. Bagaimanapun pemindahan sel kelenjar pankreas telah berjaya dijalankan pada haiwan dan pada masa hadapan pembedahan pada manusia mungkin membolehkan badan kembali mampu untuk menghasilkan insulin secukupnya.Mengelak Kencing ManisPerubahan cara hidupPerubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan kedua-dua keadaaan merupakan tanda awal kencing manis tetapi mampu diundurkan dengan kawalan permakanan yang betul. Selain itu, tidak salah bagi mereka yang tidak mempunyai masalah awal untuk turut serta mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kencing manis dengan melakukan beberapa perkara iaitu: -PemakananRamai berpendapat bahawa pemakanan hanya merangkumi pemakanan gula sahaja. Tetapi walaupun pemakanan gula seharusnya disekat, ini tidak bermakna makanan-makanan lain kesemuanya dapat dimakan seberapa banyaknya. Pemakanan seharusnya dikurangkan kerana selain daripada gula, bahan-bahan karbohidrat yang lain juga seharusnya dikurangkan. Ini adalah kerana kadar Kalori pada sesehari itu seharusnya dikurangkan. Untuk kepastian bahawa pemakanan yang dimakan tidak melebihi batas. Catatkan apa yang sering dimakan dalam sehari dan bincangkan dengan doktor.SenamanSenaman juga penting tetapi ianya perlu dimulakan secara beransur-ansur dan dengan nasihat doktor. Senaman berfungsi dengan tiga cara iaitu membantu menggunakan kalori yang lebih yang mungkin dimakan, membantu mengurangkan berat badan dan akhir sekali dapat juga menambahkan kesihatan jantung dan paru-paru (cardiorespiratory) kita. Satu kajian mengenai kencing manis dalam tempoh 3 hingga 6 tahun mendapati senaman seperti berjalan selama 2 1/2 jam dalam tempoh seminggu boleh mengurangkan perkembangan diabetis sebanyak 40% - 60%.Penjagaan berat badanTelah dikenali yang mereka yang berat badan tidak tinggi lebih mudah dikawal taraf gula didalam darah mereka dan dengan itu ubat dapat dikurangkan. Setengah-setengah dari pesakit kencing manis dapat menghentikan ubat kesemua sekali setelah berat badan dapat dikawal.Pemeriksaan diri sendiriSeseorang itu seharusnya berwaspada tentang apa-apa perubahan pada badan mereka iaitu dari segi kulit (lagi-lagi pada bahagian kaki), rasa sebal/kebas pada hujung jari tangan atau kaki dan apa-apa perubahan lain yang dirasakan. Selain dari itu, pemeriksaan oleh doktor untuk memastikan kadar gula dalam darah mesti terus dijalankan.Pemeriksaan oleh doktor secara tahunanUjian berkala secara tetap terutama mereka yang berisiko tinggi mampu mengesan kencing manis pada peringkat awal. Ini membolehkan pengidap kencing manis mengambil langkah awal untuk merawat diri mereka. Dianggarkan bagi setiap 1% pengurangan kadar ujian darah A1C, mampu mengurangkan masalah berkait kencing manis sebanyak 40%. Selain itu rawatan awal kencing manis juga mampu mengurangkan 30% hingga 70% kegagalan buah pinggang berfungsi. Penjagaan anggota kaki tangan mampu mengurangkan kes anggota badan perlu dipotong disebabkan komplikasi jangkitan sebanyak 45% - 85%.Pengambilan UbatPengambilan ubat untuk mengelakkan kencing manis masih diperingkat kajian di Amerika Syarikat. Ubat seperti metformin didapati mengurangkan peratusan mengidap kencing manis sebanyak 31%. Rawatan menggunakan metformin lebih berkesan bagi mereka yang berusia muda, dan gemuk. Rawatan metformin kurang berkesan pada mereka yang normal untuk mengelakkan kencing manis.Keadaan IGT dan IFGPerubahan cara hidup mampu mengelakkan kencing manis terutama pada mereka yang mempunyai kecacatan daya tahan glukos (Impaired glucose tolerance - IGT), atau kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG). Kajian menunjukkan bahawa dianggarkkan di Amerika bagi mereka yang berumur 40 - 74 tahun, terdapat 15.6% yang mengidap kecacatan daya tahan glukos sementara 9.7% pula mempunyai masalah kecacatan puasa glukos yang dianggap mempunyai risiko besar untuk meningkat kepada pengidap kencing manis.- Kecacatan daya tahan glukos merujuk kepada keadaan di mana kadar glukos meningkat antara 140 sehingga 199 milligrams per dekaliter atau mg/dL selepas 2-jam ujian oral ketahanan glukos tetapi masih belum dianggap sebagai kencing manis.- Kecacatan puasa glukos (impaired fasting glucose - IFG) merujuk kepada keadaan di mana kadar glukos meningkat antara 110 sehingga 125 milligrams per dekaliter atau mg/dL selepas semalaman berpuasa tetapi masih belum dianggap sebagai kencing manis.Akhir KataAdalah amat penting bagi kita mengawal pengambilan gula. Pengambilan gula berlebihan secara langsung atau tidak langsung (dalam kuih yang manis) boleh menyebabkan kencing manis yang membawa kepada penyakit-penyakit yang lain. Selain itu sekiranya pesakit berterusan memakan makanan manis walaupun memakan ubat, ini boleh mengakibatkan badan pesakit semakin teruk dan kencing manis tidak lagi dapat dikawal dengan pengambilan ubat. Pesakit terpaksa beralih kepada suntikan insulin pula. Sekiranya pengambilan gula terus tidak dikawal, ia akan membawa kepada penyakit lain seperti sakit jantung, buta disebabkan kerosakan pada mata disebabkan oleh kandungan gula yang tinggi, jangkitan kuman, kehilangan anggota kaki atau tangan, kegagalan buah pinggang berfungsi, dan lain-lain. Oleh itu ingatlah, berjaga-jaga lebih baik dari memakan ubat.
Posted by MMsakoma at 7:29 AM 0 comments Links to this post
Labels: Penyakit Kencing Manis
if (window['tickAboveFold']) {window['tickAboveFold'](document.getElementById("latency-340566506625214230")); }
Kencing Manis
PENAFIAN: Untuk pengetahuan sahaja. Sila dapatkan nasihat doktor mengenai kesihatan anda.Bahan dalam laman ini tidak bertujuan menggantikan jagaan profesional, khidmat nasihat, diagnosis atau rawatan doktor. Laman ini tidak mempunyai jawapan kepada semua masalah. Jawapan kepada masalah umum mungkin tiada kaitan kepada anda. Sekiranya anda menyedari simptom kesihatan atau jatuh sakit, anda perlu menghubungi doktor bagi rawatan lanjut.Kencing manisDiabetes mellitusPenyakit kencing manis ataupun diabetes mellitus merupakan sejenis penyakit yang dapat dicirikan dengan keadaan hyperglyceamia (ketinggian kandungan glukosa dalam darah), terutamanya selepas pengambilan makanan, pada penghidapnya. Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat digolongkan sebagai:Diabetes jenis pertama juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin (IDDM - 'Insulin Dependent Diabetes Mellitus') atau diabetes awal remaja. Diabetes jenis pertama dicirikan dengan kegagalan penghasilan insulin oleh kelenjar pankreas. Biasanya, penghidap diabetes jenis pertama mula mendapat simtom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. Disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin oleh badan, pesakit memerlukan suntikan insulin untuk pengawalan tahap glukosa darah.Diabetes jenis kedua boleh disebabkan oleh kerintangan tisu badan terhadap insulin dan penghasilan insulin yang berkurangan. Diebetes jenis kedua boleh dikawal secara pemantauan pangambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan ( suntikan insulin diperlukan sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesa sampingan kepada pesakit).
SejarahPenyakit kencing manis telah diketahui semenjak tamadun purba lagi dan telah direkodkan oleh tamadun Mesir, India, Cina, dan Yunani (Greek). Tanda-tanda penyakit kencing manis, seperti dahaga yang melampau dan kerap kencing, telah digambarkan oleh orang Mesir di atas paprus pada 1550 BC. Pakar perubatan India juga telah membahagikan pengidap kencing manis kepada dua jenis berlainan semenjak abad ke lima lagi.Nama lain kencing manis, diabetes yang bererti pancur air, dinamakan oleh pakar perubatan Yunani (Greek), Areteus dari Cappadocia semenjak 2,000 tahun dahulu. Perkataan mellitus kemudiannya ditambah oleh Willis bagi menunjukkan terdapat gula dalam air kencing. Diabetis Mellitus atau secara amnya dikenali sebagai kencing manis, merupakan satu penyakit kronik (tidak boleh pulih sepenuhnya) dan hampir 8-9% masyarakat dewasa di Malaysia mengidap penyakit ini.Salah satu daripada ujian bagi mengesan pengidap kencing manis yang terawal adalah mencurahkan air kencing pada tanah dan melihat samada semut menghurungi tempat tersebut. Bukti kaitan kelenjar pankreas dengan punca penyakit kencing manis dijumpai pada tahun 1897, apabila dua orang pakar sains, Minkowski dan Von Mering membuktikan hubungan kelenjar pankreas dengan kencing manis dengan membuang kelenjar pankreas pada anjing, menyebabkan anjing tersebut mengidap kencing manis.Walaupun penyakit kencing manis telah lama diketahui, kawalan penyakit kencing manis yang berkesan hanya diketahui pada 1921 apabila Frederick G. Banting dan Best menjumpai fungsi insulin sebagai pengawal kandungan glukos dalam darah.
Pengawalan DiabetesDiabetes adalah penyakit kronik yang akan kekal seumur hidup. Setakat ini belum ada ubat yang dapat menyembuh penyakit diabetes tetapi penyakit ini boleh dikawal dengan cara beri11kut:1. Penjagaan pemakanan dan berat badan2. Kerap bersenam3. PengubatanPemakanan pesakit Diabetes seharusnya kurang lemak dan kalori serta seimbang.Pesakit diabetes boleh menjalani kehidupan yang normal dengan syarat pesakit itu dikawal dengan betul. Lebih kurang 40% pesakit diabetes mampu mengawal keadaan penyakit mereka dengan menjaga pemakanan dan bersenam. Manakala selebihnya adalah dengan mengambil sama ada ubat (pil) atau suntikan insulin di samping pemakanan yang sihat dan bersenam. Walau apa pun ubat yang diambil, perkara-perkara berikut perlu diketahui dan dipatuhi :Bila hendak mengambil/makan ubat dan berapa banyak ubat yang perlu diambilJenis rawatan yang diterimaDimana hendak mendapat ubat

Ahad, 16 Ogos 2009

Rawatan Kecemasan Homeopati

Oleh : Dr(H) Robert Garatam

1. Luka terhiris -- Calendula dan Hypericum (ada yang ditelan atau kegunaan luar shj)
-bila melibatkan saraf gunakan Calendula external lotion/ C.ointment
-hyp. lotion /hyp.6
2. Luka laserasi( disebabkan oleh duri, dawai berduri, mesin, kuku binatang, dan alat2 tajam- kulit mungkin terkoyak)
-diguris --Hyp/hyp.l & ointment boleh disapu kaw. kecederaan

3. Luka Melelas : (kulit bergesel pada benda-benda kasar-- kayu, batu dsb.)
-beri Hyp. 6/ lotion/ointment rawatan segera.

4.Luka ditikam: (benda tajam spt paku, duri, dll)
- guna Ledum/ Hypericum
- Hyp. jika terdpt kesan racun dalam luka.
5. Kecederaan Lebam: (disebabkan dipukul,jatuh, terkena benda keras dll)
- jika terdapat penderahan dalaman... beri Anica Mon.
- utk disapu 3-4 kali sehari (Anica L/ O)
- rujuk pakar kesihatan yang terdekat pemeriksaan fizikal.
jangan mengenepikan para pakar, doktor, klinik dan hospital moden.
(sebahagian sakit memerlukan bantuan mereka)
Keyakinan penting bagi setiap rawatan atau kesembuhan melalui Perubatan Homeopati. Jika ragu hendaklah berjumpa dengan mereka yang mahir dan pakar ....pilihan ditangan kita.

Khamis, 13 Ogos 2009

Sejarah Pengasas / Perkembangan Homeopati

SEJARAH PENGASAS DAN PERKEMBANGAN
HOMOEOPATI

Mohamed Hatta Abu Bakar, HMD.

Christian Friedrich Samuel, iaitu nama sebenar yang diberikan kepada Dr. Samuel Hahnemann, merupakan seorang ahli perubatan berbangsa German yang di lahirkan di Meissen, German Timur pada tahun 1755. Melalui bimbingan ayahnya, Christian Hahnemann, beliau membesar sebagai seorang yang berdisiplin. Semasa menerima pendidikan tinggi di Meissen, beliau dianggap seorang pelajar yang cerdas dan pintar. Kemudian pada tahun 1775, beliau memasuki Universiti Leipzig untuk mempelajari ilmu perubatan.
Dua tahun kemudian, beliau meninggalkan universiti tersebut dan menetap di Vienna dan Transylvania. Di sana beliau mempelajari pelbagai bahasa sehingga beliau dapat menguasai bahasa Latin, Arab, Greek, Inggeris, Perancis dan Sepanyol, selain daripada bahasa ibundanya. Walaubagaimanapun, beliau mengambil keputusan untuk menamatkan pengajian perubatannya di Universiti Erlangen di mana beliau telah dianugerahkan ijazah Doctor of Medicine pada 10 hb. Ogos 1779.
Dr. Hahnemann memulakan kariernya sebagai pengamal perubatan di Hettstedt, iaitu sebuah perkampungan galian di Saxony. Sewaktu di Hettstedt, beliau merasa sedih dan kesal kerana tidak dapat memberi rawatan yang berkesan dan sempurna memandangkan keadaan hidup para pelombong serta keluarga mereka yang sangat susah. Lagipun, amalan perubatan pada waktu itu sangat mementingkan pembuangan penyakit dan pembedahan yang terpaksa melalui proses yang memeritkan pesakit sekalipun pembedahan itu tidak begitu perlu dan mendesak. Begitu juga, ubat-ubat berbahaya begitu mudah diberikan kepada pesakit-pesakit yang didapati sukar untuk disembuhkan. Perkara ini membuat Dr. Hahnemann bertambah yakin bahawa apa yang sebenarnya terjadi ialah ‘lebih ramai manusia mati disebabkan rawatan berbanding kerana penyakitnya.’
Sembilan bulan berikutnya, Dr. Hahnemann berpindah ke Dessau dan bekerja di Mohren Pharmacy. Farmasi tersebut dimiliki oleh seorang yang agak terkenal di kalangan masyarakat Dessau. Bersama pemilik farmasi itu, Dr. Hahnemann melibatkan diri dalam penyelidikan kimia yang kemudiannya menghasilkan Apothecaries Lexicon sebanyak 4 jilid. Di sini beliau bertemu dan terpikat dengan anak tiri pemiliknya yang bernama Johanna Kuchler yang berakhir dengan perkahwinan. Mereka kemudiannya dikurniakan seorang anak perempuan yang diberi nama Henriette.
Semasa di Gommern, Dr. Hahnemann mula menceburi bidang penterjemahan untuk menampung perbelanjaannya. Pada tahun 1784, beliau telah melahirkan esei perubatan yang pertama bertajuk “Direction for Curing Old Diseases.” Di sini beliau menyarankan tentang perlunya kesihatan awam, udara bersih, tidur yang mencukupi, senaman rutin dan pemakanan yang seimbang. Beliau juga telah mencadangkan agar rumah-rumah dijarakkan di antara satu sama lain supaya cahaya matahari dan udara bersih dapat masuk dengan banyak.
Apabila beliau berpindah ke Dresden, Dr. Hahnemann menyambung pelajarannya dalam ilmu kimia dan perubatan di samping menterjemah pelbagai buku daripada bahasa Perancis, Inggeris, Latin dan Greek ke bahasa German. Sewaktu proses penterjemahan dilakukan, beliau mengambil kesempatan memberikan sedikit sebanyak komentar. Menerusi komen-komen beliau, lebih terserlah lagi betapa luas pengetahuannya dalam bidang kimia dan betapa berlainan pandangannya mengenai ahli farmasi sezamannya serta cara pemberian ubat-ubatan.
Ketika beliau sekeluarga pindah ke Leipzig pada tahun 1789, beliau merasakan amalan perubatan pada waktu itu sebagai kasar, tidak bertamaddun dan kurang berkesan. Pandangan ini menimbulkan kemarahan di pihak yang berada dalam profesion perubatan. Dengan itu, dalam jangka masa lima tahun kemudiannya, keluarga Hahnemann senentiasa berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain.
Dalam saat-saat kesukaran inilah sistem perubatan baru yang dikenali sebagai “homoeopathy” mula berputik. Semasa Dr. Hahnemann menterjemah sebuah buku daripada bahasa Inggeris kepada bahasa German yang ditulis oleh Dr. William Cullen berjodol “A Treaties on Materia Medica,” beliau telah berdepan dengan sejenis ramuan - Cinchona (Peruvian Bark). Cinchona tersebut pernah digunakan untuk merawat malaria di Amerika Selatan dan Eropah. Ia juga dikatakan pernah diguna bagi menyembuhkan Countess of Cuichon, iaitu isteri pembesar Peru.
Justeru didorong oleh perasaan ingin tahu yang amat sangat, Dr. Hahnemann telah mencuba beberapa dos `Cinchona’ dengan tujuan untuk menguji kesan dan implikasinya. Setelah dicuba ramuan tersebut, beberapa semboyan utama mula menjelma. Kaki dan hujung jarinya bertukar menjadi sejuk, rasa mengantuk datang secara tiba-tiba, jantung dan denyutan nadinya semakin kencang dan tubuh beliau pula mula menggeletar. Kejadian ini berulang tiap kali dos `Cinchona’ diambil.
Takjub akan hasil eksperimen yang tak disangka-sangka itu, terlintas di fikirannya akan satu undang-undang tabii yang mungkin wujud. Undang-undang tersebut yang masyhur dengan nama `Undang-undang Seraksi’ menggariskan bahawa suatu ramuan ubat itu boleh menyembuhkan orang sakit disebabkan ia boleh menghasilkan semboyan-semboyan yang serupa apabila ia diberikan kepada orang yang sihat. Namun di peringkat awalnya, Dr. Hahnemann masih tidak begitu menghargai peri pentingnya penemuan tersebut.
Pada musim bunga tahun 1792, beliau memegang jawatan sebagai pengurus di sebuah institusi penempatan orang kurang akal. Di sana beliau membantah cara layanan yang buruk yang diberikan kepada para pesakit. Sebaliknya, Dr. Hahnemann dengan jayanya telah menunjukkan cara layanan yang sepatutnya diberikan sehingga ada pesakit yang sembuh di tangan beliau.
Di samping itu, beliau masih meneruskan usaha penulisan tanpa henti sehingga tahun 1805. Dalam waktu yang sama, pada tahun 1796, beliau telah menulis sebuah essei, “New Principles for Ascertaining the Curative Powers of Drug,” yang diterbitkan di dalam Hufeland’s Medical Journal. Tahun inilah yang dikatakan sebagai tarikh lahirnya sistem perubatan homoeopati secara rasmi di mana kemudiannya Hahnemann kembali mengamalkan praktik perubatan di Leipzig, tetapi mengikut cara homoeopati.
Satu tragedi melanda Leipzig pada tahun 1799, iaitu merebaknya wabak demam scarlet. Dalam pada itu Dr. Hahnemann mendapati Belladonna sangat seraksi dengan semboyan demam scarlet. Beliau dengan penuh yakin memberikan penawar Belladonna kepada kanak-kanak di Leipzig dalam dos yang diperkecilkan dan ternyata ramai yang terselamat daripada demam scarlet. Sungguhpun saranan Dr. Hahnemann tentang penawar Belladonna dan pemberiannya dalam dos yang kecil menerima tentangan ramai, tetapi pada tahun 1838 kemudiannya kerajaan Saxon mengiktiraf Belladonna sebagai penawar bagi demam scarlet.
Dalam tahun 1810, karya Dr. Hahnemann yang terunggul, “Organon of Rational Medicine” diterbitkan. Tajuk buku tersebut kemudiannya diperbaharui dengan nama “Organon of the Healing Art.” Buku ini mengandungi rumusan-rumusan homoeopati sebagai kaedah yang rasional dan menjelaskan ayat demi ayat prinsip-prinsip seni kesembuhan yang ma’kul. Beliau menekankan bahawa kandungannya adalah hasil-hasil daripada pengalaman dan ujikaji yang hanya dirujuk kepada pengalaman dan ujikaji yang dilakukan, dan oleh itu kebenarannya hanya boleh ditolak oleh pengalaman yang berlawanan dan ujikaji juga.
Di dalam Organon inilah Dr. Hahnemann mengembangkan prinsip asas homoeopati kepada “SIMILIA SIMILIBUS CURENTUR” - atau “Let likes be cured with likes.” Di mana di dalamnya beliau juga telah memberikan definisi kesembuhan sebenar, iaitu:
“Setinggi-tinggi hemah dan tugas doktor itu ialah mengembalikan pesakit kepada sihat sebagaimana yang di kehendaki. Setinggi-tinggi hemah doktor itu ialah mengembalikan kesihatan dengan jalan yang cepat, lemah-lembut dan berkekalan, atau menyembuhkan penyakit secara keseluruhannya dalam jangka masa yang pendek, dapat dipertanggungjawab serta paling tidak merbahaya menurut kaedah yang ma’kul.”
Sementara teras sains yang dianjurkan oleh Dr. Hahnemann dalam seni kesembuhan adalah terdiri daripada Undang-undang seraksi, pilihan dos minimum yang sesuai dan ulangan dos.
Kini Organon diiktiraf sebagai bahan rujukan utama dalam pengamalan homoeopati seluruh dunia. Ia telah berkali-kali diulang-cetak dan telah diterjemahkan ke dalam sepuluh bahasa termasuk bahasa Perancis, Hungary, Swedish, Rusia, Itali dan Sepanyol. Terjemahan dalam bahasa Inggeris telahpun mula didapati pada tahun 1833.
Dalam masa beberapa tahun, Hahnemann mengumpulkan beberapa orang doktor dan sahabat handai yang kejujuran dan kesihatan mereka boleh dipercayai dalam sebuah kesatuan. Kesatuan itu dikenali sebagai ‘the Provers Union.’ Ahli-ahli kesatuan ini kemudiannya mengambil risiko menguji khasiat penawar-penawar dari bahan kimia, akar kayu dan garam galian.
Mereka dipertanggung-jawabkan mencatat kesemua semboyan-semboyan yang timbul daripada “proving.” Antara penawar-penawar yang diujibuktikan termasuklah Aconite, Arnica, Belladonna, Ipecacuanha, Nux Vomica, Drosera dan Chamomilla. Kesemua hasil usaha ini telah dikeluarkan di dalam “Materia Medica Pura” yang pertama kali diterbitkan di Dresden pada tahun 1811. Buku tersebut siap keseluruhannya dalam enam jilid pada tahun 1821.
Di samping membicarakan tentang penawar-penawar homoeopati dan aplikasinya dalam merawat penyakit, beliau memberi penjelasan yang panjang lebar tentang pendekatan personal dalam rawatan homoeopati. Beliau juga untuk kesekian kalinya, sekali lagi menekankan tentang kesembuhan kekal yang hanya boleh didapati menerusi ‘penawar homoeopati dalam dos yang kecil’.
Malangnya penggunaan dos kecil ini telah membangkitkan kemarahan pembancuh-pembancuh ubat yang mengalami kerugian besar sejak ia diketengahkan. The Liepzig Guild telah bersepakat untuk memerangkap Dr. Hahnemann. Satu undang-undang Constitutiones Frederici II Imperatoris diluluskan bagi tujuan menghadkan kerja-kerja membancuh ubat khusus untuk orang-orang tertentu sahaja. Yakni, ia hanya boleh dilakukan oleh pembancuh-pembancuh ubat sahaja dan dengan itu para doktor dilarang daripada memberi ubat secara langsung kepada pesakit.
Dr. Hahnemann mendapati adalah mustahil bagi beliau untuk mematuhi undang-undang yang baru diluluskan itu kerana para pembancuh ubat sudah pasti akan membancuh dalam dos yang besar. Tindakan Dr. Hahnemann untuk tidak mematuhi undang-undang tersebut menyebabkan The Liepzig Guild mengemukakan aduan kepada Majlis Perbandaran. Lantas beliau dihadapkan ke mahkamah atas sebab melanggar undang-undang negeri.
Tekanan ke atas amalan homoeopati berlanjutan beberapa tahun. Banyak artikel yang memperkecilkan homoeopati disiarkan di dada akhbar dan di dalam jurnal perubatan. Agak ramai juga doktor-doktor homoeopati ditekan dan didakwa. Umpamanya, Dr. Karl Franz telah dipaksa agar bersara dan Dr. Christian Hornburg didakwa dan dipenjara sehingga beliau meninggal dunia tiga hari kemudiannya. Bahkan akhirnya Dr. Hahnemann sendiri meninggalkan Leipzig menuju Kothen.
Meskipun Dr. Hahnemann tidak gemar tinggal di Kothen, namun Duke Ferdinand telah membenarkan beliau mengamal homoeopati. Malahan Duke sendiri menjadi pesakit beliau. Cita-citanya berjaya dan amalan perubatannya semakin maju. Perkembangan terbaru ini terus tersebar dan ramai daripada sahabatnya yang telah mula mengamal homoeopati saling berutus surat dengan beliau untuk bertukar pendapat. Pada waktu itu, usia Dr. Hahnemann telah menjangkau 66 tahun.
Sebuah lagi buku utama yang dikarang oleh Dr. Hahnemann ialah “The Chronic Diseases, Their Peculiar Nature and Their Homoeopathic Cure.” Jilid pertama buku tersebut mengembangkan idea-idea mengenai prinsip-prinsip dan amalan homoeopati serta pendekatan holistiknya. Sementara jilid kedua menceritakan tentang kuasa hayat sebagai kuasa penyembuhan tubuh manusia. Dalam penekanannya tentang kuasa hayat, beliau telah memperkenalkan aspek-aspek metafizik homoeopati dan lantas memperkenalkan teori “psora” yang berkaitan dengan pembawaan penyakit dari satu generasi kepada generasi yang lain.
Beberapa tahun kemudian isterinya Johanna meninggal dunia dan Dr. Hahnemann sudah hampir pada detik-detik persaraan daripada mengamal homeopati. Hidupnya mekar semula dengan kehadiran Melanie D’Hervilly yang datang untuk mendapatkan rawatan homoeopati daripada beliau. Pada waktu itu, beliau sudah begitu terkenal sebagai orang yang mengasas homoeopati.
Pada Januari 1835, Dr. Hahnemann mengahwini Melanie yang pada waktu itu berusia dalam lingkungan 30 tahun. Sedangkan usia Dr. Hahnemann di waktu itu sudah hampir 50 tahun lebih tua daripadanya.
Hanya kira-kira tiga bulan sebelum beliau menyambut hari jadinya yang ke 80, Dr. Hahnemann telah dipilih sebagai “Honorary Member of the North American Academy of Homoeopathy” berpusat di Allentown, Pennsylvania. Ia merupakan kolej homoeopati yang pertama didirikan di Amerika Syarikat oleh Dr. Constantine Hering, iaitu salah seorang daripada sahabatnya yang sama-sama berjuang menegakkan sistem perubatan homoeopati.
Kejayaan rawatan beliau yang ditambah dengan dorongan dan promosi daripada isterinya sendiri menyebabkan amalan homoeopatinya terkenal sekali sampai ke England, Peranchis, Eropah dan ke seluruh dunia. Sementara penentangan daripada kalangan doktor allopati menurun dengan mendadak pada awal 1840an. Dan akhirnya, pada 2hb Julai 1843 Dr. Hahnemann telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Beliau pergi setelah bergelut dengan pelbagai tragedi dalam memperjuangkan perubahan dan mengembangkan sistem perubatan homoeopati.

Batuk

1. Batuk hanya apabila ada orang asing berdekatan. -
2. Rasa mengantuk selepas setiap kali batuk-batuk.

3. Batuk seperti bunyi orang berkumur, seolah-olah air dicurahkan daripada botol.

4. Batuk hanya di siang hari, lega bila berbaring dan bila makan.

5. Apabila menarik nafas dalam-dalam, ia menyebabkan batuk.

6. Kahak keluar bertali dan banyak.

7. Batuk selalunya melarat apabila menyanyi, tertawa terbahak-bahak, menangis, berbaring dan selepas tengah malam.

8. Rasa kahak anda seperti darah.

9. Batuk, kekejangan, dan melipat ke hadapan.

10. Batuk melarat selepas memakan daging.

11. Batuk-batuk disebabkan makan makanan manis, gula-gula, dsbnya.

12. Batuk disertai rasa sakit di kawasan lain seperti kepala, pundit, lutut, kaki dll.

13. Batuk cepat, pendek dan bunyi bergelegak dalam paru-paru.

14. Batuk serta lelah, sesak nafas tengah malam.
15. Batuk, jenis kering, sembelit.

16. Batuk, kering, bila batuk sakit dada.

17. Batuk selepas kena demam campak.

18. Batuk menyalak atau seperti tumpet serta keparauan. Suara “Bass”.


Pilihan Jawapan:
Antimonium tart. * Arsenicum alb. * Badiaga * Bromium * Bryonia * Capsicum * Cuprum met.* Drosera * Ferrum met.* Hyos. * Ignatia * Kali bich * Nitric acid * Phosphorus * Rhus tox * Staphisagria * Sticta * Thuja * Verbascum * Zincum