Khamis, 13 Ogos 2009

Homeopati 2( Apa itu Homeopati)

APA ITU HOMEOPATI ?
Homeopati adalah satu sistem perubatan yang diasaskan pada awal abad ke-19 oleh seorang doktor Jerman iaitu Dr. Samuel Christian Hahnemann. Perubatan ini sangat popular di Amerika pada akhir abad ke-19, dimana 15% doktor di negara tersebut adalah pengamal dan pakar homeopati. Walaubagaimanapun, dengan kemajuan teknologi perubatan moden, homeopati dianggap satu cara perubatan lama dan tidak menarik.
Walaubagaimanapun, sejak 1980, homeopati diminati kembali di Amerika dan buku berkenaan homeopati boleh didapati di kebanyakan kedai buku dan juga pengamal homeopati diseluruh negara.
Homeopati boleh didefinisikan sebagai satu sistem perubatan yang berasaskan prinsip bahawa, agen yang menghasilkan simptom tertentu dalam keadaan sihat, turut menyembuhkan simptom tersebut dalam penyakit. Contohnya penggunaan sinar-X untuk mengubati barah memang sedia termaklum, walaupun diketahui bahawa sinar itu sendiri boleh mengakibatkan barah. Begitulah juga dengan falsafah perubatan secara homeopati ini. Dalam perkataan lain, bahan yang boleh menyebabkan penyakit juga dapat menyembuhkannya. Selain itu, semakin rendahkepekatan ubat yang diberi, semakin berkesan ubat tersebut.
Kebanyakan ubat homeopati disediakan daripada ekstrak tiga sumber, iaitu
i. Daripada tumbuhan
-Lebih daripada ½ ubat homeopati dibuat daripada tumbuhan. Walaubagaimanapun ubat homeopati tidak secara eksklusif berasal daripada tumbuhan dan ia tidak sama dengan ubatan herba.
ii. Daripada haiwan
Bahan ini diambil dari bisa binatang seperti bisa ular, hormon dan lain-lain bahan daripada binatang yang boleh menghasilkan toksikologi atau tindakbalas farmakologi
iii. Daripada bahan Mineral
- Bahan ini termasuk garam asli, bahan kimia dan logam. Contohnya Sodium klorida, emas, dan perak
Kesemua bahan ini diproses melalui proses pencairan dan pengoncangan yang dilakukan berperingkat-peringkat dan berulang-ulang kali. Ubat yang dihasilkan mampu merangsang sistem pertahanan badan seseorang. Selain itu, ubat homeopati tidak menghasilkan apa-apa kesan toksik sampingan dan dapat disimpan untuk masa yang lama.Dalam kamus Dwi Bahasa Oxford Fajar,Edisi ke-2, Homeopati didefinisikan sebagai satu jenis perubatan dengan ubat yang (lazimnya dengan sukatan yang sangat kecil) kepada tubuh orang yang sihat yang akan menghasilkan tanda penyakit yang ingin diubati

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih ulasan anda,saya akan berusaha membalas setiap ulasan dengan kemampuaan tenaga dan fikiran yang sebatas.