Khamis, 13 Ogos 2009

Dr.Mohammad Noor Nordin

Dr. Mohammad Noor Nordin. (1929 – 1995)

Dr. Mohammad Noor Nordin adalah salah seorang daripada 12 orang anak didik Dr. Burhanuddin yang awal. Beliau dilahirkan di Melaka pada 1929. Selepas Dr. Burhanuddin, beliaulah orang yang mengambil alih jawatan presiden Persatuan Perubatan Homeopathy Malaysia (Malaysian Homoeopathic Medical Association), iaitu dari tahun 1969 hingga 1982. Selepas memimpin persatuan tersebut dan kemudian menyerahkan kepada generasi muda, beliau dilantik pula sebagai penasihat persatuan sehinggalah beliau kembali ke rahmatuLlah pada 1995.
Di bawah kepimpinan beliau, homeopati berjaya dikembangkan secara lebih meluas, khususnya di kalangan kakitangan kerajaan. Beliau merupakan seorang tokoh yang petah berbicara serta banyak menerima jemputan ceramah mengenai homeopati dan ugama.
Dr. Mohd Nor mempunyai klinik di Bandar Melaka dan mengajar homeopati kepada peminat di sekitar negeri kelahiran beliau . Beliau juga bertanggungjawab menubuhkan Koperasi Homoeopathy Melaka Sdn. Bhd. Sepanjang sumbangannya kepada perkembangan homeopati, beliau turut giat menulis esei dan buku-buku homeopati yang digunakan sebagai rujukan oleh pengamal homeopati yang menjadi muridnya.
Beliau adalah tokoh yang popular dalam politik dan homeopati. Kalau dalam homeopati beliau sempat memimpin persatuan, dalam politikpun beliau berkesempatan merasa nikmat pencapaian yang memuaskan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih ulasan anda,saya akan berusaha membalas setiap ulasan dengan kemampuaan tenaga dan fikiran yang sebatas.